RAWATAN PINGGUL PATAH

 

 

Post-Op Pinggul Patah

 

  1. Apakah punca utama pinggul dan kaki patah pada kucing?

 

Kebanyakan masalah orthopeadic melibatkan tulang patah dan retak berpunca daripada trauma dilanggar atau pun jatuh dari tingkat atas. Tidak kurang juga bagi kes yang dipukul tulang belakang atau kaki mereka sehingga retak.

 

Trauma begini lazimnya melibatkan tulang pinggul yang merupakan tulang paling compact di badan, yang merangka struktur badan dan kaki untuk berjalan. Selain itu, boleh berikan impak pada saraf tunjang yang melalui sepanjang tulang belakang dan kawasan pinggul. Tulang yang patah di bahagian spinal juga boleh menyebabkan lumpuh, gangguan sistem saraf, hilang deria sakit dari pinggul ke kaki.

 

Akibatnya, pesakit dilihat sensitif pada sentuhan, menyeret kaki, tidak boleh bangun dan kencing dengan sendiri. Pelvic canal yang sempit juga sering menyebabkan masalah sembelit kepada mereka.

 

  1. Apakah rawatan yang dilakukan untuk masalah ini?

 

Jika pesakit datang kepada kami dalam keadaan emergency & trauma, beberapa pemeriksaan diagnosis di bawah akan dilakukan sebelum surgeri dan rawatan dilakukan;

  1. Pemeriksaan fizikal, locomotor dan saraf
  2. Xray dilakukan dibahagian dada, abdomen dan pinggul hingga ke kaki untuk lihat sebarang kecederaan organ dalaman, dan lokasi dan keadaan tulang yang patah
  3. Diskas dan terangkan kepada owner apa plan Surgeri orthopeadic yang akan dilakukan, outcome surgeri, risiko, kos rawatan dan home-management

 

Untuk kes trauma dan kemalangan, terdapat beberapa lokasi tulang yang sering patah seperti sacroilliac, illium, ischium, acetabular dan head of femur. Dan kaedah rawatan dan surgeri di setiap bahagian tulang ini adalah berbeza-beza.

 

 

Sebagai contoh, sacroilliac luxation di mana kami akan masukkan screw orthopeadic untuk mencantumkan bahagian pinggul illium dan sacrum (tulang belakang) untuk baiki ‘pelvic frame’ pesakit. Lazimnya apabila pelvic frame ini kembali ke bentuk asal, pesakit lebih cepat berjalan dan berdiri seawal 1 hari selepas surgeri.

 

 

  1. Bagaimanakah pengurusan pesakit selepas surgeri?

 

Tempoh pemulihan bagi surgeri orthopeadic selama 6-8 minggu. Owner perlu komited untuk membantu pesakit dalam pemulihan;

  • Habiskan ubat seperti antibiotik, tahan sakit (ikut keperluan), supplemen
  • Wound dressing dilakukan setiap hari jika perlu (ikut arahan doktor)
  • Melakukan physioterapi, senaman ringan untuk bahagian kaki selepas 5 hari post-op
  • Akupuntur selepas 10 hari post-op untuk stimulate saraf dan otot pinggul dan kaki kembali normal. Kos akupuntur 1 sesi termasuk dalam kos rawatan.
  • Pesakit perlu cage rest selama 6 minggu
  • Selepas 6 minggu, doktor akan tentukan untuk keluarkan implan (besi) atau implan tinggal di dalam ikut kaedah surgeri yang dilakukan.

 

  1. Apakah nasihat untuk pemilik kucing di luar

 

Jika kucing anda mengalami trauma kemalangan, jangan tunggu lama. Segera bawa ke klinik vet terdekat. Rawatan awal sangat membantu. Surgeri lebih mudah dilakukan jika trauma tersebut berlaku kurang daripada 5 hari, kerana luka dan tulang tersebut masih ‘fresh’. Respond terhadap rawatan juga lebih cepat berbanding kes yang datang kepada kamimelebihi seminggu ke atas.

 

KLINIK HAIWAN iVET PETCARE

 

Love. Passion. Quality

 

@Seksyen 23, Shah Alam (03-55453560)

@Alam Avenue 2, Shah Alam (03-55243560)

@Keramat/Setiawangsa KL (03-42654115)

@Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)

@Petaling Jaya & Damansara, Coming Soon