FAQ

General Info

Bilakah waktu operasi iVET PETCARE?

Kami beroperasi pada setiap hari Isnin-Sabtu dari jam 10.30 pagi – 6.30 malam (PKP). Kami tidak beroperasi pada hari Cuti Am*.

Di manakah lokasi iVET PETCARE?

Kami mempunyai 5 cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Seksyen 23 Shah Alam, Alam Avenue 2 Shah Alam, Setiawangsa Kuala Lumpur, Bandar Kinrara 5 Puchong, 3 Two Square Seksyen 19 Petaling Jaya, Bukit Jelutong Shah Alam dan Liberty Arc Ampang. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Contact Us di laman sesawang kami www.ivetpetcare.com.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh iVET PETCARE?

Kami menawarkan perkhidmatan seperti Rawatan Perubatan & Konsultasi (Medical Treatment & Consultation), Kes Kemalangan & Kecemasan (Accident & Emergency Cases), Surgeri – Tisu & Ortopedik (Surgery – Soft Tissue and Orthopaedic), Rawatan & Surgeri Gigi ( Dental Treatment & Surgeries), Makmal Diagnostik & Pengimejan (Diagnostic Laboratory & Imaging), Dandanan & Spa (Grooming & Spa) dan Hostel & Jagaan Harian (Boarding & Daycare).

Kini kami juga menyediakan perkhidmatan konsultasi secara online melalui iVETZoom. Ia hanya bagi kes yang tidak kritikal dan untuk pemilik dapatkan pendapat kedua Vet sebelum dihantar ke klinik. Muat turun aplikasi iVET PETCARE daripada Google Playstore atau Appstore (http://onelink.to/ivetpetcare) dan buat tempahan slot bersama Vet kami hanya di hujung jari!

Pemilik haiwan kesayangan juga boleh mendapatkan barangan keperluan melalui Online Store kami. Klik “Buy Online” di laman sesawang kami atau di aplikasi iVET PETCARE, pilih barang/pakej, ikuti langkah seterusnya yang mudah dan terima terus di pintu rumah anda dalam tempoh 3 hari bekerja*

Apakah Kaedah pembayaran yang digunapakai iVET PETCARE?

Kami menerima pembayaran tunai, kad debit & kredit, e-Wallet  & online transfer

Adakah harga yang diberikan termasuk cukai jualan & perkhidmatan?

Berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan Pindaan 3 2018, Perkhidmatan Veterinar tidak dikenakan cukai oleh Kerajaan. Oleh itu, iVET PETCARE tidak mengenakan sebarang caj cukai jualan dan perkhidmatan kepada pelanggan selagi ianya adalah pembelian produk dan perkhidmatan veterinar.

Di manakah saya boleh dapatkan informasi berkenaan dengan promosi & pakej terbaru daripada iVET PETCARE?

Informasi berkenaan dengan promosi dan pakej terbaru daripada iVET PETCARE boleh didapati di laman web www.ivetpetcare.com dan Laman Sosial rasmi kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram, Tiktok dan Youtube.

Bolehkan saya dapatkan khidmat nasihat di dalam aplikasi online seperti Whatsapps, IG, Twitter @ FB?

Untuk kes kritikal dan perlukan tindakan segera, kami sarankan anda terus berjumpa dengan doktor di klinik iVET PETCARE. Ini kerana doktor dapat mengenalpasti masalah dengan lebih teliti dan mencadangkan rawatan yang sesuai kepada pelanggan.

Kini kami juga menyediakan perkhidmatan konsultasi secara online melalui iVETZoom. Ia hanya bagi kes yang tidak kritikal dan untuk pemilik dapatkan pendapat kedua Vet sebelum dihantar ke klinik. Muat turun aplikasi iVET PETCARE daripada Google Playstore atau Appstore (http://onelink.to/ivetpetcare) dan buat tempahan slot bersama Vet kami hanya di hujung jari!

Products Info

Adakah iVET PETCARE mempunyai produk supplement untuk haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing?

iVET PETCARE mempunyai suplemen kucing (cat supplement) iVETSSENTIALS seperti Immuno Booster untuk meningkatkan selera makan dan daya tahan haiwan peliharaan, vitamin kucing (cat vitamin) seperti ProDigest untuk menggalakkan pencernaan dan tumbesaran yang sihat dan Silky Smooth Shampoo merawat kulit bermasalah berpunca daripada fungus, allergy, kulit kering dan dermatitis yang menyebabkan bulu gugur berpanjangan, kulit kegatalan dan berminyak.

Apakah produk keluaran iVET PETCARE selain iVETSSENTIALS?

Selain iVETSSENTIALS, iVET PETCARE telah mengeluarkan produk seperti SILKY SMOOTH SHAMPOO yang mempunyai Minyak Kelapa Dara untuk kesihatan bulu & kulit serta GROOMING GLOVE untuk membantu merapikan bulu haiwan peliharaan anda

Berapa lama masa penghantaran jika saya membeli produk iVET PETCARE secara atas talian?

Jika membeli produk iVET PETCARE secara atas talian, masa penghantaran adalah antara 3-5 hari waktu bekerja.

Berapakah caj yang dikenakan oleh iVET PETCARE untuk penghantaran produk atas talian?

Kami mengenakan caj penghantaran mengikut HARGA BERAT yang ditetapkan oleh syarikat kurier pilihan kami. 

Caj penghantaran paling minimum adalah sebanyak RM8 bagi sekitar Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah & Sarawak. 

 

Jika produk iVET PETCARE yang dipesan rosak semasa menerima barang tersebut, apa perlu saya buat?

Kami di iVET PETCARE akan bertanggungjawab sekiranya produk yang diterima rosak @ pecah dan kami akan membuat penghantaran baru kepada pelanggan. Tetapi sekiranya produk tersebut hilang atau tidak sampai ke tangan pelanggan, sila berurusan dengan syarikat kurier yang telah menghantar produk tersebut.

Treatment & Consultation Info

Jika saya batalkan rawatan atau pembedahan haiwan peliharaan saya, adakah saya akan dapat balik wang saya?

Pemulangan wang tertakluk kepada prosedur rawatan & surgeri, barangan klinikal, konsultasi dan perkhidmatan yang telah digunakan/dijalankan ke atas haiwan peliharaan pelanggan. Berdasarkan polisi syarikat, pemulangan semula wang pelanggan boleh dibuat tetapi dalam tempoh 3-5 hari waktu bekerja terus ke dalam akaun pelanggan.

Adakah saya boleh meninggalkan haiwan peliharaan saya di klinik kerana urusan kerja@ sebab lain?

Boleh , tetapi perlu membayar penuh kos rawatan atau pembedahan sebelum beredar.

Jika terdapat kes kecemasan seperti haiwan peliharaan dilanggar, adakah ia diberi keutamaan di klinik ini?

Kes kecemasan seperti kemalangan @ keracunan akan diberi keutamaan untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

Di manakah saya perlu membuat aduan jika berlaku perkara yang tidak diingini semasa mendapatkan perkhidmatan di iVETPETCARE?

Anda boleh membuat aduan terus kepada pengurusan iVETPETCARE di ruangan Contact Us (Get in touch with us) di laman sesawang kami www.ivetpetcare.com.

Adakah klinik iVETPETCARE menerima tempahan atas talian seperti penginapan haiwan peliharaan atau pemandulan?

Kami menerima tempahan atas talian untuk pakej Protection Plan (termasuk pemandulan, vaksinasi, ubat kutu, ubat cacing). Pelanggan boleh membuat tempahan dan bayaran di Online Store kami. Klik “Buy Online” pada laman sesawang kami, pilih pakej berkaitan dan ikuti arahan mudah seterusnya.

iVET berkenaan akan menghubungi anda untuk pengesahan temujanji serta nasihat sebelum datang.  

Apakah syarat jika haiwan peliharaan saya ingin bermalam di iVETPETCARE?

Syarat yang dikenakan untuk boarding di iVET PETCARE ialah haiwan peliharaan wajib divaksin terlebih dahulu dan bebas kutu 1 bulan maksimum dari tarikh boarding.

Pada umur berapa haiwan peliharaan seperti kucing sesuai untuk di vaksin?

Haiwan peliharaan sesuai di vaksin pada seawal umur 3 bulan. Harga yang dikenakan ialah RM40 bagi setiap vaksin atau boleh memilih pakej vaksin kami berharga RM125 termasuk 3 kali vaksin dan 3 kali ubat cacing.

Pakej Protection Plan (termasuk pemandulan, vaksinasi, ubat kutu dan ubat cacing) boleh dibeli terus melalui laman sesawang kami dan tebus di mana-mana cawangan iVET PETCARE.

Pada umur berapa haiwan peliharan seperti kucing sesuai di mandulkan?

Haiwan peliharaan seperti kucing sesuai dimandulkan pada awal umur 5 bulan bagi kucing betina dan seawal umur 6 bulan bagi kucing jantan. Harga pemandulan kucing jantan ialah RM100 dan RM150 bagi kucing betina. Jika haiwan peliharaan pelanggan onheat atau mengalami komplikasi semasa pembedahan, caj tambahan RM30-RM50 akan dikenakan. Haiwan peliharaan wajib dipuasakan 12 jam sebelum pembedahan dilakuan.

Pakej Protection Plan (termasuk pemandulan, vaksinasi, ubat kutu dan ubat cacing) boleh dibeli terus melalui laman sesawang kami dan tebus di mana-mana cawangan iVET PETCARE.