Apa EAR MITES tu sebenarnya?
.
­čĽĚ Penyakit ear mites atau penyakit kutu telinga adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit. Saiznya sangat kecil, tidak boleh nampak dengan mata kasar. Ear mites hidup pada kulit saluran telinga & akan memakan tahi telinga. Sebab tu kita asyik nampak kucing kita ni kerap garu telinga dia. Kekadang sampai hilang bulu dekat telinga sampai kucing korang kerap garu kan. Teruskan membaca gaiss…

TANDA-TANDA PENYAKIT EAR MITES PADA KUCING ­čÉ×. JANGAN LUPA BACA TANDA NO 3!!

#1 DALAM TELINGA ADA KOTORAN BERMINYAK BERWARNA COKLAT ATAU KEHITAMAN
#2 KERAP MENGGELENG KEPALA
#3 KERAP MENGGARU KEPALA, DAGU, TELINGA ATAU MUKA SEHINGGA LUKA
#4 KADANG-KADANG, KEPALA KUCING SENGET SEMASA BERJALAN/ DUDUK
#5 KUCING MURUNG DAN KELETIHAN
.
Tu antara tanda-tanda penyakit ni, jadi korang dekat rumah tu cuba tengok anak-anak bulus tu. Lagi-lagi anak bulus yang selalu keluar n bermain diluar pergi jumpa kekawan untuk bersosial ­čśé Atleast seminggu sekali korang cuci lah telinga kucing korang okay.

JANGAN LUPA BACA CARA MERAWAT PENYAKIT EAR MITES PADA KUCING SEHINGGA HABIS.
.
#1 UBAT TELINGA Dapatkan ubat telinga di pet Shop atau klinik veterinar. Korang juga boleh minta nasihat doktor cara merawat penyakit ini.
.
#2 TITIS UBAT TELINGA Titiskan dalam 2-4 titik di dalam telinga dan urutkan perlahan lahan dalam seminit untuk memudahkan semasa proses pembersihan.
.
#3 BERSIHKAN KOTORAN Ambil kapas telinga/ cottonbud dan bersihkan kotoran atau nanah yang ada di dalam telinga.
.
#4 ULANG 2-3 KALI Sehari buat 2 atau 3 kali sehari & buat setiap hari selama seminggu atau sehingga telinga kucing bersih sepenuhnya dan tiada lagi kotoran yang keluar.
.
#5 JANGAN RISAU Jangan risau jika semakin lama semakin banyak yang keluar sebabnya dalam proses pembersihan. Jangan risau bersihkan ada yang takut terkena
Gegendang telinga kucing usah risau kerana Gegendang telinga kucing tersorok sedikit.

CARA-CARA MEMBERSIHKAN TELINGA KUCING BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA EAR MITES YANG BERLELUASA ­čśŐ
.
Kita masih bulan september kan ­čĄö disebabkan still september jadi min kongsikan info yang berkait dengan tema kita bulan ni. Benda yang paling malas untuk dilakukan tapi sangat penting ÔśŁ­čĆ╝.
.
CARA-CARA MEMBERSIHKAN TELINGA KUCING SEMASA DIRUMAH
.
#1 KEADAAN SANTAI
Bukan kita yang kena santai yea ­čś╣ kalau kita santai memang raya tahun depan pun tak buat benda ni. Jadi yang kena santai is kucing, jangan duk nampak depa lari sana sini kita pi amik teruk bersihkan telinga dia fuhh tak relax dia nanti. Jadi korang tunggu mereka relax tengah berehat baru buat sebab kucing tak suka kalau bersihkan telinga dorang. If kucing yang tengah santai tapi bila nak bersihkan teruk jadi hulk, min sarankan korang balut badan mereka dengan tuala terlebih dahulu sebelum buat.
.
#2 PEMBERSIH TELINGA.
Beli pembersih telinga untuk mematikan ear mites yang terkandung didalam telinga kucing korang tu. Macam mana nak dapatkan? Senang je jelah korang cuma pergi kedai haiwan atau klinik haiwan yang berdekatan dengan korang. Jangan malaih pi pulak yea ­čśŤ
.
#3 TITIS UBAT TELINGA
Ubat dah beli so kenalah gunakan, takkan nak simpan. Korang boleh titiskan 2-3 drop ke telinga kucing korang tapi jangan titis sampai bertakung pulak yea ­čśů.
.
#4 BASAHKAN KAPAS (GUNAKAN BABY OIL JUGA BOLEH)
Basahkan kapas atau cottonbud untuk senang korek telinga kucing korang tu. Mesti korang nak tanya woi tak sakit ke nanti dorang telinga kena korek? Okay takpa nanti min tunjuk laluan telinga kucing okay sabar tenang okay.
.
#5 PUJIAN / HADIAH
Haa bila dah sudah proses pembersihan tu korang kenalah bagi hadiah sikit dekat depa so lepas ni senang nak bersihkan lagi. Belanja wetfood ke kan jangan kedekut lah dengan depa ni ­čśé­čĄú
.
Peringatan pada yang membaca, bila nak proses pembersihan ni pastikan sediakan semua barang terlebih dahulu so senang korang dah prepare tinggal nak bersihkan je. Laluan telinga kucing so korg boleh nampak telinga kucing ni dalamnya berbentuk L kan jadi gegendang dorg tersorok so mereka tidaklah sakit semasa proses korek tu
.