PENYAKIT YANG BOLEH DIELAKKAN DENGAN VAKSIN?

✅Feline Calicivirus
✅Feline Viral Rhainotracheitis
✅Feline Panleukopenia
✅Rabies
✅Feline Leukaemia
✅Feline Chlamydia

APA YANG PERLU TAHU SEBELUM NAK HANTAR ANAK-ANAK BULUS NI PERGI VAKSIN?
.
Haa bagi korang yang belum vaksin dan rancang nak vaksin tak lama lagi haa ni info yang perlu korang tahu. Ramai yang tanya min apa perlu buat sebelum vaksin.
.
Lagi satu ramai tanya min macam mana nak mok mok kan kucing. Apa kata korg vaksin dulu, biar susah penyakit nak datang, jadinya selera makan tu meningkat sebab takda sakit-sakit dah. Tapi jangan sampai mok sangat takut banyak penyakit boleh datang. Cukuplah kucing dekat rumah tu sihat and fit okay. 😊

Antara persediaan sebelum vaksin:

✅Umur 2 bula ke atas dan mencecah 800g
✅Kucing perlu sihat, tidak bersin & selsema
✅Makan berselera tanpa ada kelainan rutin
✅Jika kucing baru sahaja di adopt, pastikan ianya berehat dahulu selama 14 hari
✅Kucing tidak dalam keadaan stress

BAB YANG RAMAI SELALU FAIL😊.
.
Min nak terangkan lebih detail mengenai apa yang 3x vaksin dengan 1x kali vaksin. Jadi lepas ni bolehlah datang klinik untuk vaksin anak-anak bulus dekat rumah tu. Barulah semuanya sihat-sihat, mami dedi tak pening kepala.
.
Untuk pengetahuan semua vaksin boleh dilakukan seawal umur 2 bulan dan berat 1kg keatas.
.
Jadi apa perbezaan 3x vaksin & 1x vaksin ni?
✅ Untuk permulaan perlulah vaksin 3x berturut selama 3 bulan. Takut terlupa tarikh vaksin seterusnya? Jangan risau mami dedi akan dapat satu buku untuk setiap kucing dan Dr Vet akan tulis due date untuk vaksin seterusnya.
.
✅ Macam mana kalau terlepas juga min? Mami dedi kena ingat yang due date tu BOLEH LAMBAT SEMINGGU / AWAL SEMINGGU dari tarikh yang ditetapkan. Kalau tak, vaksin akan kena RESTART semula 😭.
.
✅ Kenapa kena 3x berturut? Tu adalah untuk boost sistem imuniti kucing, perlu lakukan sebanyak 3x baru mencukupi. Takda yang sekali vaksin dah cukup okay 😊
.
✅ Vaksin 1x tu tang bila pula min? Okay yang 1x vaksin tu dipanggil ANNUAL VAKSIN/ TAHUNAN VAKSIN cuma 1x je setahun. Ianya dilakukan setahun selepas 3x vaksin. Ianya adalah untuk mengekalkan imuniti kucing agar kucing kuat melawan penyakit & virus. Yang penting ia dapat mengurangan kos penjagaan sibulus 😍.

APA YANG PERLU TAHU SELEPAS VAKSIN KUCING?

✅Elakkan mandikan kucing selama 7 hari selepas vaksin
✅Jika mempunyai simptom demam 3 hari selepas vaksin, sila datang ke vet semula