Makanan merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan makhluk, termasuklah haiwan kesayangan kita terutama kucing. Kucing yang sihat akan mempunyai selera makan yang tinggi. Jika kucing tersebut menunjukkan sikap yang mereka taknak makan atau makan sangat sikit dan tidak seperti selalu,disarankan untuk bawak terus kucing mereka ke klinik.

  1. Pada pendapat anda, adakah makanan manusia boleh dikongsikan dengan kucing? Jika boleh, adakah ianya akan menyebabkan kesan yang buruk pada kucing tersebut?

Pertama sekali apa yang perlu kita tahu adalah kucing merupakan karnivor. Ianya bermaksud kucing akan hadam makanan yang berunsurkan protein daripada haiwan sahaja. Kandungan bahan di dalam makanan manusia bukanlah semuanya sesuai dengan keperluan badan kucing. Namun, kucing domestik ini lebih berevolusi dan beradaptasi dengan makanan manusia. Contohnya, makan nasi lauk ikan goreng, ada juga yang berikan kucing makan coklat dan kek, serta ada yang berikan durian.

Kita perlu berhati-hati kerana bukan semua makanan manusia boleh diberikan kepada kucing. Contohnya coklat dan juga anggur (biji anggur) boleh menyebabkan keracunan dan effect fatal pada kucing. Lagi merisaukan jika kucing tersebut mengalami cirit-birit yang berpanjangan. Jika ianya terjadi maka pemilik kucing perlu segera bawa kucingnya ke klinik.

      1. Apakah makanan yang sesuai untuk diberikan pada kucing? Kita kongsikan tips menu homemade makanan kucing?

Makanan yang menjimatkan tetapi bagus untuk kucing adalah makanan yang dibuat sendiri “homemade” oleh pemilik. Kandungan bahan yang digunakan guna dapat dikawal dan pemilik sendiri mengetahui apa yang digunakan untuk diberikan pada kucing mereka. Sebagai contoh menu yang boleh pemilik diluar sana ikut adalah ayam labu rebus lenyek. Pemilik hanya perlu rebus ayam dan labu dalam beberapa minit sahaja dah kisar sehingga menjadi seperti “wet food”. Ianya sangat bagus, segar dan berkhasiat dimana labu itu sendiri mempunyai tinggi vitamin B dan folic acid yang membantu menaikkan selera, memberi tenaga dan testur labu itu bantu mengeraskan najis. Sangat sesuai berikan kepada kucing cirit.

Pemilik juga boleh menyimpan selebihnya di dalam peti sejuk untuk mengelakkan berlakunya kerosakkan pada makanan tersebut. Kenapa ayam dan labu menjadi pilihan? Ayam merupakan sumber protein yang bagus dan sesuai untuk karnivor seperti kucing.

  1. Apakah makanan manusia yang tidak boleh diberikan kepada kucing?

Seperti yang kita terangkan di atas tidak semua makanan manusia selamat untuk kucing. Antaranya coklat, anggur, kismis, oren, bawang dan sebagainya. Ini kerana makanan seperti ini akan menyebabkan buah pinggang kucing akan mengalami masalah. Mesti ada antara kita berasa pelik kerana kucing mereka makan makanan tersebut.

  1. Kebanyakkan ramai yang berpendapat bahawa air kelapa dan minyak kelapa dara bagus untuk memulihkan kucing dari demam, adakah benar kucing boleh diberikan air kelapa ini?

Boleh sahaja jika ingin berikan air kelapa kepada kucing, tidak menjadi racun sekiranya kucing minum air tersebut. Air kelapa tidak memulihkan demam kucing, ianya sebenarnya lebih memberi tenaga tambahan kepada kucing untuk jangka masa yang pendek. Tidaklah bantu secara mutlak bagi memulihkan demam. Sebagai contoh, kucing anda demam pada waktu malam dan tiada klinik yang buka. Jadi air kelapa ini membantu kucing itu lebih bertenaga dan menghilangkan dehydration sebelum dibawa ke klinik pada keesokkan hari. Pemilik perlu ingat bahawa air kelapa tidak boleh diberikan secara serentak bersama ubat kerana ianya boleh neutralized ubat tersebut. Jadi air kelapa boleh diberikan sebelum dating ke klinik.