MULUT BERBAU PADA SI COMEL

PETANDA MASALAH KESIHATAN

 

 

Tidak hanya manusia sahaja yang dihantui masalah bau mulut, kucing tidak terkecuali. Selain mengganggu keselesaan sewaktu anda mendekati si comel kesayangan, bau mulut juga boleh menjadi pengukur dari adanya gangguan kesihatan yang perlu diberi perharian segera.

 

Bau mulut boleh terjadi akibat karang gigi yang terkumpul, yang diperolehi daripada sisa – sisa makanan yang melekat di celah – celah gigi. Bagaimana cara untuk mengatasinya?

Mulut berbau, atau terminology perubatan dipanggil “Halitosis”. Keadaan ini berpunca daripada beberapa factor langsung atau tidak langsung.

 

KENALI PUNCA

 

Sebagai contoh, factor langsung seperti karang gigi, jangkitan gusi, ulcer lidah dan tonsillitis, merupakan masalah berpunca dari dalam kawasan mulut dan jangkitan bakteria; menyebabkan keadaan kawasan mulut bertukar menjadi berbau vusuk.

 

Factor tidak langsung biasa berlaku berpunca di tempat selain mulut tetapi menyumbangkan pada masalah mulut berbau seperti Chronic Kidney Disease ( CKD ). Masalah pada buah pinggang mudah menghidupkan ulcer pada mulut kerana tahap toksin yang tinggi dalam badan tidak dapat diproses menerusi buah pinggang.

 

Dengan kehadiran bakteria mulut boleh menyebabkan jangkitan sekunder bakteria. Toxicity atau indigestion ( usus ) menyebabkan fermentasi di dalam perut dan usus sehingga mengeluarkan gas serta bau busuk pada mulut.

 

Setiap factor di atas mempunyai cara pengedalian berbeza, bukan semuanya berpunca daripada kesihatan gigi semata – mata. Hal ini perlu diketahui oleh semua pemilik kucing. Anda juga harus memberi penekanan dalam aspek penjagaan gigi dan mulut.

 

Namun, punca terbesar dan common problem mulut berbau busuk adalah daripada masalah karang gigi, seterusnya menyebabkan jangkitan gusi serta akar gigi. Oleh itu, kebersihan dan kesihatan gigi perlu menjadi aspek utama dalam penjagaan mulut Si Comel.

 

 

CARA MENCEGAH

 

Bagaimana untuk mengelakkan jangkitan dan karang gigi pada kucing peliharaan anda? 6 langkah mudah yang boleh dipraktiskan.

 

I.Periksa mulut kucing anda selalu, jalankan pemeriksaan asas seminggu sekali.

II.Jangan berikan makanan tin ( wet food ) sepanjang masa, atau setiap hari sebagai makanan utama. Selain lemak dan kalori yan tinggi, makanan lembut tin ini mudah melekat pada gusi dan membentuk karang gigi.

III.Berikan kibbles ( makanan kering lebih kerap ) kerana biskut kucing ini lazimnya keras dan menjadi medium pembersihan gigi serta menguatkan gusi.

IV.Sekiranya diberikan makanan lembut agak kerap, anda perlu rajin untuk membersihkan gigi mereka seminggu sekali dengan berus jari ( khas ) atau kain kesat. Boleh juga letakkan sedikit soda bikarbonat untuk memutihkan gigi mereka. Boleh dapatkan pandangan dan cara pmbersihan daripada I Vet Petcare atau mana – mana Veterinar berdekatan anda.

V.Pastikan kucing anda minum banyak air atau anda boleh flush air dengan syringe untuk pastikan tiada sisa makanan terlekat pada gigi.

VI.Scaling gigi kucing anda setahun sekali jika didapati karang gigi mudah terbentuk. Jangan tunggu sehingga karang menjadi terlalu tebal kerana ia boleh menyebabkan jangkitan gusi dan akar gigi yang kronik. Akar gigi yang rosak menyebabkan gigi mati lalu bertukar menjadi busuk.

 

Selain itu, jangan pandang remeh apabila anda mendapati mulut kucing berbau busuk, kerana ia juga boleh menjadi indicator ( petanda ) masalah lain seperti yang dinyatakan di atas – nasalah buah pinggang.

 

Antara simptom kucing dengan masalah buah pinggang boleh dilihat secara fizikal seperti:

  • Berat badan turun mendadak
  • Terlalu kurus sehingga menampakkan tulang pinggul dan belakang
  • MULUT BERBAU BUSUK
  • Dehidrasi
  • Lemah
  • Minum banyak dan kecing sangat banyak ( PUPD )
  • Tiada selera makan dan berubah pucat

 

ELAKKAN “KINI GATAL BESOK DIGARUK”

 

Namun, pemeriksaan darah perlu dilakukan untuk memastikan simptom di atas berpunca daripada kerosakkan buah pinggang. Pada pemeriksaan darah, kita akan melihat kepada tahap beberapa parameter, seperti Creatinine, Blood Urea Nitrogen ( BUN ) dan sebagainya.

 

Kebiasaannya, keadaan sudah menjadi lebih kritikal dan kronik lalu menyebabkan rawatan menjadi lebih rumit serta bil perubatan pula ‘ melambung tinggi’. Kadang kala pet – owners terlalu mengambil mudah isu mulut berbau ini, sehinggakan kucing sudah hilang selera makan, terbaring lemah baru mereka sibuk nak bawa ke klinik untuk rawatan.

 

 

Mudah kata, pencegahan dan diagnosis awal sangat membantu, “Cegah sebelum terlambat”.