Topik: Bahayanya Karang Gigi pada kucing

 

 

1. Sejauh mana sakit gigi pada kucing boleh membahayakan?

    

Sakit gigi pada kucing sama seperti kita juga, banyak penyebabnya. Boleh jadi sakit gigi kerana cavities, sakit gigi kerana masalah gusi (gingivitis) atau sakit gigi kerana kerosakkan pada akar gigi.

 

Tahap bahaya bergantung kepada seteruk mana keadaan gigi tersebut dan kategori mana punca kesakitannya. Kebanyakkan masalah sakit gigi hanya minor dan masih boleh makan dan aktif.

 

Namun sesetengah kucing, keadaan kaviti yang terlalu tebal dan teruk boleh menyebabkan akar gigi membusuk dan bernanah dari dalam, selain diikuti masalah gingivitis yang teruk. Keadaan sebegini menyebabkan mulut sakit sakit untuk makan dan mengunyah, dan pedih walaupun untuk minum air shaja. Ini menyebabkan mereka lemah, dehidrasi, dan monyok kerana tiada tenaga dan juga jangkitan kuman dalam darah (Septiceamia) jika tidak dapat rawatan segera.  Namun, di sini kita akan lebih focus kepada masalah KARANG GIGI pada kucing, kerana mereka lebih cenderung untuk mendapatkan karang gigi.

 

Antara kes yang kami terima, di mana karang gigi terlalu tebal menyebabkan akar gigi membusuk dari dalam dan bernanah. Takungan nanah yang terlalu banyak dalam gusi, memyebabkan kerosakan hingga ked aging pipinya, dan kulit pipi turut koyak kerana rongga muka dan pipi dipenuhi nanah. Apabila dibersihkan, sebahagian besar pipi sudah berlubang dan menampakkan tulang pipi dan soket mata. Keadaan agak kritikal, dan surgery Skin Recontruction perlu dilakukan untuk menutup lubang besar tersebut. Kulit dari leher digunakan untuk menampal kawasan pipi yang berlubang. Penjagaan pesakit sebegini lebih rumit.

 

Oleh itu, pencegahan dan rawatan awal sangat penting.

 

2. Apakah punca terjadinya karang gigi? Apakah simptom2 yang owner/pemilik kucing boleh lihat utk mengenalpasti kucing mereka sakit gigi?

 

Karang gigi yang tebal kerap terjadi pada kucing yang terlalu kerap memakin makanan lembut/ dalam tin berbanding biskut. Ada pets owner yang berikan kucing mereka hamper setiap hari makanan tin kerana menaikkan selera kucing mereka. Namun, perlu diingatkan, makanan tin sangat kurang fiber content dan lebih berjelly yang lebih mudah melekat pada celahan gigi. Makanan ini yang akan lama kelamaan mengeras dan membentuk karang gigi.

 

Oleh itu, makanan tin selalunya kami sarankan untuk diberikan 3kali seminggu dah memadai sebagai makanan tambahan. Bukanlah makanan utama mereka. Biskut yang premium juga cukup dengan nutrient yang diformulasi khas dan keadan biskut yang keras dan tinggi serat membantu pembersihan gigi secara langsung.

 

Simptom-Simptom Sakit gigi pada kucing;

 

  • Mulut berbau busuk
  • Air liur meleleh dan kadang kala lidah terjelir keluar
  • Tidak mahu makan dan minum, tapi mereka kelihatan lapar
  • Monyok dan tidak mahu dipegang / dibuka mulut
  • Gigi mereka tebal dengan karang gigi
  • MAsalah gusi merah dan bengkak

 

 

 

 

3. Apakah rawatan yang akan diberikan jika karang gigi/ cavities gigi mereka menebal dan teruk?

 

Selalunya rawatan asas, seperti dental scaling untuk memecahkan dan membuang kaviti gigi tersebut dan baikpulih gusi dilakukan dalam bius. Antibiotik turut diberikan mengikut tahap severity masalah gigi mereka. Jika keadaan mereka sangat lemah, dehidrasi dan jangkitan kuman yang tinggi, IV drip bersama antibiotic akan diberikan dalam tempoh 3-5 hari.

 

“mouth flushing” perlu dilakukan setiap kali selepas makan dalam tempoh rawatan 7-10 hari selepas scaling. Selalunya, di I-Vet kami akan periksa kembali review kes tersebut 10 hari selepas prosedur untuk melihat progress pesakit dan respon mereka dengan rawatan yang diberikan.

 

4. Apakah nasihat doktor kpd pemilik kucing, bagaimana cara/tips untuk mengelakkan terjadinya karang gigi pada kucing2 mereka.

 

  • Jangan terlalu kerap berikan makanan lembut. Perlu diberikan juga makanan yang berserat tinggi seperti biskut premium yang boleh didapati mana-mana kedai haiwan dan klinik haiwan.
  • Periksalah gigi dan mulut kucing anda sekurangnya sekali sebulan, dapatkan rawatan jika masalah bari diperingkat awal.
  • Anda boleh bersihkan gigi kucing anda seminggu sekali, terutamanya selepas berikan makanan tin/lembut pada mereka. Gunakan tuala nipis atau “finger brush’ yang boleh didapati kedai-kedai haiwan.