JANGKITAN KUTU KUCING

HANYA PADA GIGITAN

Jika kutu kucing berjaya dikeluarkan dari perumah haiwan mereka, atau sekiranya tidak menerima sumber makanan yang mencukupi, haiwan parasite ini akan menggigit manusia pada nahagian tertentu seperti bawah kaki, peha dan meninggalkan bulat atau bitnik merah.

 

Tanpa disedari, kebanyakan gigitan kutu kucing mengakibatkan kegatalan kecil dan rasa tidak selesa secara berterusan paad manusia. Pasti hal ini sering terjadi pada pemilik kucing yang memelihara Si Comel yang banyak di rumah ataupun membiarkan kucing peliharaan bebas bermain di luar rumah.

 

Sebenarnya, adakah kita juga berpontesi dijangkiti kutu kucing?

 

 

Kutu ( Ctenocephalides felis ) merupakan ektoparasit yang sering menjakiti kucing manakala kutu hidup bergantung pada perumah ( kucing ) dengan menghisap darah. Lazimnya, kutu ini tida dapat hidup bersendirian, ia boleh membiak dengan pantas ( seekor kutu betina boleh bertelur sehingga 50 biji sehari ) dan hidup berkelompok pada perumah tersebut.

 

Jangkitan kutu tidaklah dikelaskan sebagai penyakit, namun ia boleh mengundangkan pelbagai jangkitan penyakit lain. Kutu yang terdapat pada kucing boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

 

I.Kutu yang lazim dilihat ( Fleas Ctenocephalides felis )

II.Lice ( kutu )

III.Mites ( kutu telinga )

 

Seringkali saya diajukan pertanyaan, adakah manusia ( pemilik ) berpontensi dijangkiti kutu kucing? Secara harfiahnya, kutu pada kucing adalah “species – specific” yang bermaksud kutu kucing ( Ctenocephalides felis ) hanya menghuni spesies kucing ( perumah ) sahaja. TIDAK pada haiwan lain mahupun manusia. Namun begitu, bagi sesetengah individu, ia boleh menyebabkan alahan kulit jika dibiarkan.

 

Implikasi jangkitan kutu pada kucing sebenarnya bukan hanya diukur pada bulu yang ugur dan kulit yang tidak sihat semata, malah daripada jangkitan kutu ini menjadi punca kepada janglitan Mycoplasmosis pada kucing. Bakteria Mycoplasma hermofelis yang membiak di dalam tubuh kutu akan masuk ke dalam tubuh kucing melalui gigitan kutu itu sendiri.

 

Bakteria ini akan menyerang sel darah merah menyebabkan red blood cell rosak dan kurang efesien intuk membawa oksigen, nutrisi, serta haba ke seluruh badan. Kucing akan menjadi lemah, pucat dan tidak bermaya. Tanda klinikal jangkitan Mycoplasma hemoferlis pada si comel:

 

I.Anemia ( pucat )

II.Lethargy ( penat dan lemah )

III.Hilang selera makan

IV.Polyarthritis ( sakit sendi )

V.Jankitan peparu ( pneumonia )

 

RAWATAN KUTU BOLEH DIBUAT DI RUMAH

 

I.Pemeriksaan kutu mengguanakan sikat kutu dilakukan di atas kain putih.

II.Rawatan pencegahan kutu ( topical di atas leher ) perlu dilakukan setiap 1 -2 bulan sekali terutama bagi kucing outdoor ( luar rumah ).

III.Ubat kutu perlulah dipreskrip oleh Doktor Veterinar untuk memastikan selamat dan bersesuaian dengan keadaan keihatan kucing, berat, umur dan tahap jangkitan kutu.

IV.Grooming dan perapian bulu kucing perlu dilakukan kerap terutama bagi jenis kucing bulu panjang.

V.Bersihkan persekitaran rumah, tempat tidur kucing, bekas najis dan semua kawasan yang digemari si comel anda. Vacuum semua karpet dan sofa dengan kerap, serta gunakan penyembur khas untuk membasmi kutu di rumah.

Sentiasa jemur kain, tuala kucing, karpet dan alas sofa anda.