5 MITOS KUCING TERBONGKAR. MITOS NO. 4 PALING DAHSYAT!

Pernah tak korang dengar cerita-cerita dari mak ayah dulu pasal ‘sejenis perangai’ kucing?

Macam-macam yang kita dengar kan, betul tak belakang citer.. Jom kita bongkarkan relevan mitos di bawah.

  1. KUCING ADA 9 NYAWA

Alangkah bagusnya, kalau betul ada mereka 9 nyawa. Ok, hentikan khayalan korang di situ. Takde nyawa hidup yang boleh hidup mati berkali-kali kecuali dalam kartun. Memang betul, ada kes yg kucing dah kena langar teruk, jatuh bangunan dan jangkitan separuh nyawa, tapi masih boleh survive. Itu maknanya ajal mereka belum sampai. Bukan sempat depa ada extra lagi 8 nyawa.. Oleh itu, jagalah kesihatan mereka sebaik mungkin.

  1. UMUR KUCING 4X UMUR MANUSIA

Haa, ni lagi satu nenek abam la ajar. “Bay, kalau ko nak tahu umur kucing ni brapa, kira 4x umur ko!” jenuhlah pulak abam nak kira kan.. Niat diorang bukan apa, mereka nak cuba bayangkan fasa umur kucing dalam fasa umur kita.. bayi ke, budak2, kot dah tahap nak kawen ke.. contohnya; umur kucing 3 bulan x 4 = 12 tahun manusia. 6 bulan kucing x 4 = 24 tahun manusia…haa betul la tu dah tahap boleh kawen kan.. hehehe.. Pernah je ada makcik ni datang ke iVET bagi tau umur kucing dia dah 20 tahun manusia. Jenuh la doktor nak mengiranya.. krik..krik..

Kira je umur ikut bulan dan tahun semasa macam kita, lebih mudah kan.

  1. LARI RUMAH SEBAB AJAL NAK SAMPAI

Ramai juga yang cakap kalau kucing lari rumah selalunya diorang dah tau ajal diorang nak sampai.. hehehe, nak bantah pun, kucing abam pun pernah lari rumah tak balik-balik sampai sekarang. Meroyan kejap la..Tak tahulah kot hilang dicuri orang ke, dilanggar mati ke. Memang dia nampak sihat je, aktif. Tapi kucing pun pandai sorokkan sakit awal2 tau. Tapi ni mitos je, banyak je kes kucing keluar rumah nak cari pasangan, ada nak takluk kawasan dan macam-macam. Sebab tu kita tak galakkan kucing keluar rumah, memang banyak sangat risiko di luar tu kan.. Setuju tak?

  1. KUCING HITAM BAWA MALANG

Ini yang paling tak boleh blah ni.. statement ni memang tahyul semata-mata. Korang tau berapa banyak kucing hitam atau anak kucing hitam yg kena buang kt pasar atau kedai/klinik haiwan? Yang abam tau hitam tu eksklusif dan sexy! Banyak-banyak benda, macam manalah kucing hitam depa boleh petik kan.. hmm, malas la layan korang neh..hehehe

  1. AIR LIUR KUCING MENYEMBUHKAN

Orang cakap air liur kucing tu ubat. Sebab tu kalau ada luka kucing selalu jilat-jilat. Alamak, dulu masa abam blajar Vet 5 tahun, tak pernah pulak dengar cikgu cakap mcm tu. Betul mulut depa ada enzim, untuk bantu cernakan makanan dalam perut nanti. Tapi kat mulut, lidah air liur kucing ni ada bakteria, sama macam mulut kita juga. Kucing menjilat luka sebab depa rasa tak selesa, sakit, gatal. Lidah lebih sensitif bagi mereka untuk menyentuh. Sama macam korang la, asyik keje picit-picit jerawat dengan jari tu haa.. ada luka asyik kupil2..

Buatlah pemeriksaan penuh status kesihatan kucing anda dan pastikan juga mereka divaksinkan untuk immuniti tinggi terhadap virus-virus dan jangkitan lazim.

 

3 SEBAB VAKSIN PENTING UNTUK KUCING ANDA

1. Meningkatkan immuniti asas terhadap virus pembunuh kucing

2. Menjimatkan kos rawatan kucing

3. Daya tahan dan jangka hayat lebih panjang, insha Allah

 

Dapatkan konsultasi 2nd opinion bagi kes kucing yang tidak kritikal melalui iVETZoom melalui aplikasi iVET PETCARE. Muat naik aplikasi iVET PETCARE di Google Playstore atau Apple Store sekarang!  

1- iVET PETCARE Seksyen 23, Shah Alam (03-55453560)

2- iVET PETCARE Alam Avenue 2, Shah Alam (03-55243560)

3- iVET PETCARE Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)

4- iVET PETCARE Keramat, Kuala Lumpur (03-42654115)

5- iVET PETCARE Petaling Jaya (03-79323528)

Sertai sekarang channel Rakan iVET di Telegram [https://bit.ly/2K2uXRw] untuk dapatkan banyak info, tips, berita terkini dan pelbagai tawaran menarik khas buat pencinta haiwan! =)

#ivetpetcare #animalclinic #klinikhaiwan #keramat #alamavenue2 #bandarkinrara5 #seksyen23

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *