TAKUT PADA KUCING?

Pernah anda lihat atau mungkin alami sendiri, kucing lebih gemar mengikuti orang yang takutkannya. Terbalik pula bagi penggemar kucing, kadang kala kehadiran mereka tidak di endahkan. Anda tahu mengapa?

Kita berikan situasi apabila dua orang (penggemar dan penakut kucing) memasuki territory kucing tersebut. Si peminat kucing ini sudah pasti akan cuba mendekatinya dan memandang tepat pada anak mata kucing tersebut dengan niat ingin bermain jinak dengannya. Ini sudah tentu memberikan satu perasan terancam bagi kucing itu apabila terdapat orang asing datang menerpa dan merenung wajahnya. Si kucing akan cuba mengelak dan menjauhinya, atau mungkin hissing menunjukkan taringnya.

Sebaliknya, apabila individu yang takut pada kucing pula akan cuba mengelak pandangan dan menjauhkan diri, dan ini akan lebih menarik minat kucing tersebut untuk mendapatkan perhatian individu itu.

Kucing cepat rasa terancam pada persekitaran baru dan orang asing, di mana respon mereka akan menjadi aggresif atau menyembunyikan diri. Namun, mereka gemar menunjukkan superiority  kepada orang yang takut kepadanya.

Bagi peminat kucing, dinasihatkan jangan terus menerjah kucing tersebut. Cuba untuk berinteraksi mesra,  kelipkan mata dan alihkan pandangan semasa berkomunikasi dengannya supaya ia rasa kurang terancam. Namun, tidak semua kucing bertindak agresif berjumpa orang baru, banyak juga yang manja dan suka menggesel untuk marking kawasan mereka di kaki kamu.

Yang penting, you just enjoy the moment with your pets!

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan behaviour kucing anda boleh diajukan melalui Facebook: i Vet Petcare, Instagram: ivetpetcare atau datang melawat kami di klinik. Kehadiran anda dan si comel amatlah dialu-alukan.

iVET PETCARE Seksyen 23, Shah Alam (03-55453560)

iVET PETCARE Alam Avenue 2, Padang Jawa (03-55243560)

iVET PETCARE Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)

iVET PETCARE Keramat, Setiawangsa (03-42654115)

iVET PETCARE Petaling Jaya (03-79323528)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *