JOM BELAJAR WARNA DAN CORAK KUCING ANDA!

Mesti ramai dikalangan mommy-daddy furry yang tak tau apa nama corak atau warna kucing mereka kan? Nak kata putih, macam asap-asap.. nak kata oren tapi macam bercapuk sana sini.. Jom, kita belajar nama-nama asas corak si bulus anda.

Solid/Self

Kucing yang hanya dilihat dengan SATU warna sahaja. Namun, ada juga kucing yang semasa kitten hanya satu warna, tetapi selepas mencapai umur matang dia menjadi satu tompokan/belak warna sekunder. Apabila mempunya lebih dari dua warna, kucing itu tidak dikira sebagai warna solid lagi

 

Tabby

Merupakan corak yang paling lazim dilihat pada kucing. Tabby ni ada 4 jenis; Makeral (ala, berbelang macam ikan makeral tu), marbled, spotted (bitnik-bintik bulat) dan ticked (takde marking yang jelas, warna blended sekata). Nak tau macam mana? Boleh tengok gambar kat bawah ni..

 

Bicolor

Mempunyai 2 warna sahaja. Warna putih bersama dengan satu warna solid lain atau wana/design tabby. Bicolor ini kerap dilihat pada mixbreed cat namun, masih juga boleh dilihat pada baka-baka yang lain.

 

Tortoiseshell

Satu campuran warna oren dan hitam yang konsisten dan sekata. Lazimnya dilihat pada kucing betina, kerana percaturan genetik. Kalau nak tau macam mana the magic of genetics, boleh baca di lain entri pulak.. panjang dan berbirat pulak nanti otak nak digest.. hehehe

 

Calico/ Tricolor

Mempunyai TIGA warna; putih, oren dan hitam. Seperti Tortoiseshell juga, lazimnya dilihat pada kucing BETINA. Kenapa? Faktor genetik yang memegang kod warna oleh kromosom X.

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan fizikal kucing anda boleh diajukan melalui Facebook: iVetPetcare atau datang melawat kami di Klinik Haiwan iVetPetcare Shah Alam.

Kehadiran anda dan si comel amatlah dialu-alukan.

iVetPetcare Seksyen 23 (03-55453560)

iVetPetcare Alam Avenue 2, Padang Jawa (03-55243560)

iVetPetcare B.Kinrara 5, Puchong (03-80822076)

iVetPetcare Keramat/Setiawangsa (03-42654115)

 

*Pictures credited to messybeast & catsite

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *