HIPERTIROIDISME

GANGUAN KELENJAS

 

Penurunan berat badan yang mendadak antara 95 hingga 98 peratus bagi kucing yang mengalami Hyperthyroid, walaupun selera makan mereka bertambah dalam 67 kepada 81 peratus.

 

Pada masa yang sama, kucing juga akan mengambil air secara keterlaluan, kerap buang air kecil, hiperaktif, penampilan kusut masai, sentiasa tercungap, cirit – birit, peningkatan bulu yang gugur dan menjadikannya serba gelisah. Kerap muntah adalah tanda awal yang dilihat berlaku pada kira – kira 50 peratus daripada Si Comel yang terjejas akibat Hipertiroid.

 

Seperti penyakit lain, pengesanan dan cegahan awal boleh membantu mengurangkan kesan penyakit ini.

 

1.APAKAH ITU PENYAKIT HYPERTHYROIDISM?

Hyperthyroidism atau Hipertiroidisme adalah masalah hormone yang tidak seimbang dalam badan di mana kalenjar tiroid membesar, kemudian mengeluarkan hormone thyroxine – a, T4 dan T3 yang berlebihan daripada keperluan badan Si Manja.

Thyroid Adenomatous Hyperplasia ( pembesaran tiroid ) merupakan punca lazim ( 70% ) yang menyebabkan Feline Hyperthyroidism menyerang kucing.

2.APAKAH TANDA – TANDA KUCING DIJANGKITI HYPERTHYROIDISM?

Antara tanda – tanda klinikal yang kerap dilihat kepada pesakit Hyperthyroidism adalah seperti:

Masalah usus dan pencemaran juga kerap dilihat antaranya muntah, cirit birit dan kuantiti najis yang banyak.

Masalah kardio adalah seperti Tachycardia ( denyutan jantung yang deras tercungap ), dan Congestive Heart Failure ( masalah jantung ).

              

3.PADA USIA BERAPA KUCING BOLEH TERDEDAH DENGAN HYPERTHYROIDISM?

Masalah Hyperthyroidism boleh berlaku pada mana – mana baka kucing, tidak kira jantina. Masalah ini lazimnya banyak dilihat pada kucing yang berusia, kebanyakan pada usia 10 tahun dan ke atas. Ia banyak menyerang kucing senior dan jika tidak dirawat boleh membawa kematian.

Sel badan menjadi terlalu aktif lalu ‘menghidupkan’ sesetengah sel – sel kanser dalam badan. Apabila semakin berusia, sel – sel badan juga boleh menjadi aktif dan membentuk pembesaran kelenjar ( thyroid hyperplasia ). Penyakit ini disebabkan ketumbuhan pada kalenjar tiroid di leher.

Apabila berlaku pengaktifan sel – sel tanpa kawalan menyebabkan penghasilan hormone T4 berlebihan dan tidak terkawal. Secara tidak langsung, mengganggu semua sistem lain seperti pencernaan, peredaran darah dan jantung, perkumuhan serta sebagainya.

4.CARA UNTUK MENGELAKKAN HYPERTHYROIDISM MENYERANG KUCING PELIHARAAN DI RUMAH?

Masalah hormone ini bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan secara khusus. Kerana ia boleh terjadi pada mana – mana kucing tanpa dijangka. Namun, suka diingatkan penjagaan berat badan dan kesihatan keseluruhan kucing adalah keutamaan yang perlu diutamakan kerana masalah Diabetes – Mellitus, Chronic Kidney Disease dan Kanser Usus juga boleh menunjukkan tanda – tanda klinikal seperti Hyperthyroidism.

Diagnosis masalah ini bukanlah semudah yang dijangkakan. Banyak diagnosis yang memerlukan penelitian ‘halus’ perlu dilakukan seperti ujian darah CBC serta Biochemistry untul melihat status organ enzim badan. Doctor juga perlu rule – out penyakit – penyakit lain yang mungkin boleh menyerang dalam masa yang sama.

5.APA YANG BOLEH DILAKUKAN JIKA KUCING PELIHARAAN MENGHIDAP HYPERTHYROIDISM?

Bagi pesakit Hyperthyroidism, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dipilih mengikut tahap masalah tersebut.

Pesakit boleh mendapat rawatan dengan ubat Anti – thyroid seumur hidup mereka bagi mengimbangi paras Hormone T4 dalam darah. Namun, ubat juga terdapat beberapa kesan sampingan yang pemilik perlu sedar.

Selain itu, rawatan susulan boleh dilakukan dengan surgeri, namun risiko bius perlu dititikberatkan juga kerana kebanyakan pesakit adalah kucing ‘warga emas’. Terdapat juga rawatan melalui radioaktif iodine, namun tidak banyak klinik veterinary di Malaysia yang mampu lakukan prosedur tersebut kerana kos rawatan yang tinggi serta memerlukan kepakaran untuk melakukanya. Kebiasaannya, rawatan sebegini boleh didapati di hospital veterinary terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *