DISTOKIA PADA KUCING MENGANDUNG
Malang tidak berbau, musibah tidak menanti, jangan leka jangan tunggu, BERTINDAKLAH SEGERA
Semua mommy furries mesti happy kan , nak-nak bila tau si comel yang disayangi dah mengandung. Apatah lagi kalau yang menanti kelahiran kucing yang memang dihantar ‘mating’ tu. Atau pun si comel yang dah ‘termengandung’ tanpa dikawal.
Tempoh mengandung bagi kucing lazimnya anggaran selama 65 hari dari tarikh mating. Peringkat awal kandungan agak sukar untuk dipastikan, namun beberapa signs yang boleh dilihat seperti perut membesar dan puting yang mengeras.
Terdapat 3 tahap kelahahiran ibu kucing yang boleh diperhatikan;
Stage I
Tempoh kelahiran stage I mengambil masa 6-12 jam, di mana kucing tersebut kelihatan resah kerana kontraksi yang tinggi, sering menunjukkan ‘nesting behaviour’ dan pernafasan yang laju dan berombak.
Stage II
Dikala fetus keluar daripada birth canal ibunya. Kontraksi lebih ketara dilihat ketika meneran keluar.
AWAS, sekiranya tempoh kelahiran tidak progresif anda hendaklah segera bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan lanjut.
- JIka tempoh kandungan melebihi 70 hari
- Keadaan ibu kucing yang terlalu lemah dan sakit
- Stage I berterusan melebihi 24jam tanpa kelahiran walau satu pun anak
- Tempoh rehat antara kontraksi terlalu lama melebihi 4-5jam
- JIka terdapat bau busuk dari kawasan vagina
KENAPA DISTOKIA BOLEH TERJADI?
Faktor Ibu
- Bentuk Tulang pinggul/ Laluan kelahiran yang sempit disebabkan kejadian semula jadi atau pun patah kerana kemalangan
- Kontraksi Rahim yang lemah semasa tempoh kelahiran, boleh disebabkan exhaustion (kepenatan)
Faktor Anak
- Saiz anak yang besar, boleh disebabkan baka dari pejantan yang besar atau pembentukan semulajadi anak yang besar dan tidak dapat melepasi laluan kelahiran (birth canal)
- Posisi kelahiran. Anak kucing lazimnya lahir dengan posisi kepala dahulu atau kaki depan keluar dulu. Sekiranya posisi anak kucing yang terbalik boleh menyebabkan tersangkut pada laluan keluar.
- Kecacatan fetus juga bole mengganggu laluan kelahiran, seperti kepala besar (hydrocephalus), kematian fetus dalam kandungan juga boleh menghalang laluan jalan sekiranya tidak dapat diteran keluar oleh ibu kucing, dan boleh mengakibatkan masalah kepada kelahiran yang lain.
PEMERIKSAAN VET
- Doktor Vet akan memeriksa keadaan kucing tersebut dari aspek kondisi keseluruhan, pemeriksaan vagina-laluan keluar (birth canal) buka sepenuhnya atau sempit,
- Viability anak dalam kandungan, pergerakan fetus, dikhuatiri ada berlaku kematian didalam kandungan.
- X-ray (kes yang lebih berat) sekiranya dikhuatiri posisi anak yang tersangkut ataupun jika dirasakan tulang pelvic yang sempit atau bagi kucing yang pernah alami kemalangan.
RAWATAN BAGI DISTOKIA PADA KUCING
- Sekiranya kontraksi dirasakan lemah dan fasa rehat antara kontraksi terlalu lama, kucing tersebut akan diberikan suntikan bagi meningkatkan kontraksi Rahim
- Sekiranya ibu kucing dilihat terlalu resah/nervous sehingga mengganggu kelahiran, sedikit sedative pada dose yang rendah akan diberikan untuk menenangkannya.
- Sekiranya tempoh kelahiran prolonged atau terlalu lama menyebabkan paras gula menurun dan kehilangan tenaga, ibu kucing tersebut akan diberikan Kalsium dan suntikan tertentu untuk meningkatkan balik kontraksi Rahim.
- Namun sekiranya, berlaku gangguan/ halangan pada birth canal dan semua rawatan di atas tidak Berjaya, doctor akan menjalankan surgeri C-section (caesarean) sebagai langkah terakhir atau jika dirasakan kes tersebut kritikal dan kecemasan, bagi menyelamatkan ibu dan anak-anak kucing yang masih hidup.
Walaubagaimana pun, semua mommy-daddy furries janganlah terlalu risau jika kucing anda mengandung, tidak semua kucing alami perkara yang sama. You just enjoy and cherish the moments, temankan kucing anda dan sering perhatikan setiap perubahan fizikal dan behaviour mereka. Peka dengan keperluan mereka, kerana mereka tidak boleh bercakap untuk menjelaskan sesuatu.
Klinik Haiwan I-Vet Petcare Shah Alam.
@Seksyen 23, Shah Alam (03-55453560)
@Alam Avenue 2, Padang Jawa (03-55243560)
@Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)
@Keramat, Setiawangsa (03-42654115)