[et_pb_section fb_built=”1″ admin_label=”section” _builder_version=”3.22″][et_pb_row admin_label=”row” _builder_version=”3.22″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.0.47″][et_pb_text admin_label=”Text” _builder_version=”3.22.1″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”]
- Apakah itu cirit birit?
Cirit-birit atau terma perubatannya dipanggil ‘Diarrhoea’ dilihat apabila frekuensi/kekerapan najis yang dihasilkan lebih daripada normal dengan konsistensi najis yang lembik atau berair. Diarrhoea yang tidak dikawal boleh menyebabkan dehidrasi dan ketidak-keseimbangan elektrolit dalam badan, gangguan pada pencernaan dan penyerapan nutrient dan kelesuan.
- Adakah ia symptom biasa atau penyakit kepada anak kucing?
Cirit-birit bukanlah satu keadaan yang dianggap normal pada kesihatan anak kucing, namun ia juga tidak semestinya adalah satu penyakit. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan cirit-birit terutamanya dikalangan anak kucing. Antaranya;
- Stress – kerana perubahan makanan atau tempat persekitaraan, takut, sakit, perut sensitif. Keadaan ini hanyala bersifat semntara sahaja, dan kadang kala najis boleh kembali normal tanpa apa-apa rawatan
- Keracunan/Toxic – bahan kimia, bahan-bahan toxic di rumah pada kadar yg rendah
- Parasit – Selalunya jangkitan endoparasit seperti; masalah kecacingan (Hookworm dan roundworm) boleh menyebabkan cirit-birit kerana cacing ini akan memenuhi ruang usus dan menganggu sistem pencernaan anak kucing tersebut selain menyebabkan radang sepanjang saluran usus.
- Kuman (Virus & Bakteria)- Jangkitan virus dan bakteria juga merupakan antara faktor besar anak-anak kucing dilihat mengalami cirit-birit, terutamanya bagi yang tidak pernah vaksin dan menerima rawatan nyah-parasit. Masalah kecacingan yang sedia-ada juga boleh mengundang kepada ‘secondary bacterial infection’ atau pun jangkitan virus kerana stress dan immunity badan yang lemah.
- Bagaimana faktor-faktor di atas boleh menyebabkan cirit-birit?
Diarrhoea boleh terjadi apabila terdapat radang di dalam salur pencernaan kucing oleh disebabkan oleh faktor-faktor di atas. Tahap keradangan (extension of irritation) tersebut yang menentukan cirit tersebut dikategori ‘mild’ atau pun teruk.
- Bagaimana pemilik boleh mengenal pasti anak kucing mereka mengalami cirit birit?
Pemilik perlulah peka dengan keadaan anak kucing mereka, terutamanya yang berumur 1 bulan hingga 6 bulan, kerana mereka ini lebih sensitif berbanding kucing yang lebih besar. Buat ‘daily observation’ pada selera makan, najis dan kencing mereka, tingkahlaku samada aktif atau pun monyok. Sekiranya didapati anak kucing mereka nampak lesu, dengan najis yang cair, terus dapatkan khidmat rawatan klinik haiwan. Kerana pencegahan dan rawatan awal sangat penting untuk outcome yang lebih baik. Kos rawatan juga lebih rendah berbanding rawatan semasa kritikal.
- Cirit-Birit yang berlarutan lebih 24jam adakah boleh mengundang risiko kepada anak kucing?
Bergantung pada jenis cirit dan keadaan semasa anak kucing tersebut. Sekiranya cirit dengan keadaan badan yang lemah risikonya lebih besar
- Nasihat doktor bagaimana cara terbaik untuk mengatasi cirit birit ini? Panduannya?
Langkah pencegahan perlu diambil titikberatkan, seperti vaksinasi, deworming, dan anti-parasitic seawal umur 2-3 bulan mengikut jadual yang diberikan oleh vet anda. Berikan makanan yang berkualiti mengikut fasa umur mereka, kerana formulasi nutrient dan proteinnya adalah berbeza mengikut keperluan umur.
Hubungi Cawangan Klinik Haiwan iVet Petcare terdekat dengan anda;
- iVet Alam Avenue 2, Shah Alam 03-55243560
- iVet Seksyen 23, Shah Alam 03-55453560
- iVet Keramat/Setiawangsa, KL 03-42654115
- iVet Bandar Kinrara 5, Puchong 03-80822076
Map semua klinik iVet boleh dibuka di website (Contact Us)
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]
kos rawatan untuk anak kucing yg mengalami monyok/cirit birit berapa yea??
Hello, maaf admin tiada maklumat mengenai harga rawatan dan surgeri. Tuan boleh terus ke klinik untuk dapatkan rawatan dan nasihat doktor untuk prosedur serta harga kos yang terlibat.
Terima kasih.
iVET PETCARE
Anak kucing yg baru berusia 2 mgu cirit birit. Kematian ibu dan diberikan susu serbuk. 2 ekor mati..dan seekor lg xlalu nak minum..mcm lemah..dan 1 lagi sy nak tnya..boleh ke sy mandikan ank kucing yg masih kecil ni..sbb dia berak habis bulu2 pon comot..
Admin advise bawa ke klinik untuk rawat dahulu anak kucing tersebut hingga pulih. Boleh sahaja mandikan anak kucing tu, guna air suam, sponge yg lembut dan pastikan air tak masuk hidung atau mulutnya. =)