Pernah tak alami kucing kita luka dengan kudis terkoyak datang minta pertolongan dengan kita? Dengan pantas tanpa berfikir panjang kita pun nak tolong for the rescue.. nampak pulak minyak Gamat bertonggok tepi tu, tak pun minyak cap Kapak.. hah, apa lagi, kasi tenyehlah sikit dengan harapan boleh sembuh lukanya. Adakalanya rawatan tersebut menjadi, namun lazimnya luka menjadi lebih teruk dan luka menjadi lebih besar

Tahu tak kita, yang sebenarnya kita telah memparahkan lagi luka yang sedia ada? Tahu bagaimana?

  1. Lapisan Kulit yang nipis

Minyak gamat bagus untuk sembuhkan luka bagi manusia seperti kita kerana lapisan kulit kita tebal dan berlapis-lapis. Tetapi kulit kucing adalah nipis seperti lapisan kertas. Bayangkan sehelai kertas diletak minyak, pasti ianya kembang dan lembutserta mudah koyak apabila dicakar.

 

  1. Bulu yang kotor

Maksud kotor di sini bukanlah bermaksud berlumpur berkerak dengan pandangan kasar. Tetapi kotor bermaksud bulu badan kucing terdapat seribu satu kuman (bakteria) daripada persekitaran yang boleh melekat pada luka. Bayangkan luka diselaputi minyak berlekit dan bulu yang berkuman? Minyak boleh memerangkap kotor dan kuman pada kawasan luka.

 

  1. Luka bergaduh

Lazimnya kucing mengalami luka akibat bergaduh terutamaya kucing jantan yang tidak dimandulkan. Luka bergaduh ini bermaksud luka kena gigit dek abang kawasanlah. Luka gigitan kucing ini berbahaya kerana terdapat kuman Bartonella hensalae yang akan menyebabkan luka bernanah dan koyak selepas beberapa hari dari masa kejadian.

 

*Moral of the story; mandulkan kucing jantan anda dan keep them indoor

 

Khasiat gamat itu sendiri bagus untuk menyembuhkan luka, tetapi cara dan bagaimana menggunakannya perlulah mendapat nasihat Doktor Veterinar. Ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian seperti;

  1. Membersihkan luka dan mencukur bulu disekeliling luka tersebut
  2. Bius akan digunakan sekiranya didapati luka tersebut agak parah dan menyakitkan kucing
  3. Antibiotic cream atau Jelly gamat boleh digunakan pada kadar sedikit di tempat luka tersebut
  4. Antibiotik perlu diberikan pada suatu tempoh sekiranya didapati terdapat jangkitan kuman pada luka tersebut
  5. “Daily dressing” perlu dilakukan oleh pemilik kucing di rumah setiap hari
  6. Pemilik kucing akan diterangkan cara dan bagaimana untuk meneruskan rawatan di rumah

Hubungi Cawangan Klinik Haiwan iVet Petcare terdekat dengan anda;

  1. iVet Alam Avenue 2, Shah Alam 03-55243560
  2. iVet Seksyen 23, Shah Alam 03-55453560
  3. iVet Keramat/Setiawangsa, KL 03-42654115
  4. iVet Bandar Kinrara 5, Puchong 03-80822076

www.ivetpetcare.com

Map semua klinik iVet boleh dibuka di website (Contact Us)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *