ALAHAN KUCING NAMPAK MUDAH, TAPI KOMPLEKS

S1) Apakah tanda-tanda umum yang berlaku jika kucing mempunyai alahan? Boleh doktor bantu menerangkan dengan lebih lanjut.

Alahan adalah satu reaksi sistem imuniti badan menolak sesuatu agen yang lazimnya tidak berbahaya kepada kucing lain, tetapi boleh menyebabkan alahan teruk kepada sesetengah kucing. Agen/bahan yang menyebabkan alergi dipanggil ALLERGEN.

Sistem imuniti individu kucing tersebut tersangat sensitive dan mudah bertindak balas apabila terdedah kepada allergen tertentu.  Alergan boleh jadi daripada;

Jenis Allergen Tanda Klinikal Lazim
Bahan makanan berprotein tinggi, non-hydrolised protein; ayam, seafood, bahan kimia; perasa/pengawet makanan

Sesetengah ubat dan antibiotik

  • Cirit berpanjangan , muntah
  • Badan/ kulit gatal-gatal dan kemerahan
  • Menggaru di leher dan kepala, ekor
Bauan, pewangi kimia, pollen/debunga, habuk

Asap rokok

  • Bersin, mata berair kemerahan
  • Batuk, sesak nafas (asthma)
  • Uticaria/ hives (bengkak pada kulit)
Objek bersentuhan dengan kulit; mangkuk plastic

Bahan daripada getah atau plastik

  • Bibir bengkak dan kemerahan
  • Tapak kaki bengkak
Kutu badan
  • Gatal yang maksimum
  • Overly scratched

 

S2) Mengikut kefahaman doktor, adakah alahan itu berpunca dari faktor kesihatan, jangkitan atau kelemahan sistem imunisasi badan?

Alahan adalah reaksi kimia dalam badan yang menghasilkan histamin apabila alahan tersebut (triggered) bertindak dengan allergen tertentu. Ia tidak semestinya berpunca daripada jangkitan virus dan bakteria. Respon immuniti individu yang sangat sensitive kepada allergen atau sesuatu objek keliling yang menyebabkan allergi terjadi.

S3) Adakah kucing juga berisiko mempunyai alahan disebabkan makanan? Boleh doktor rungkaikan lebih terperinci.

Alahan ada pelbagai bentuk, ada sesetengah kucing yang alah pada makanan berprotein (non-hydrolised protein) yang boleh menyebabkan cirit berpanjangan, gatal-gatal badan, mata berair, dan sesak nafas. Makanan berasaskan ayam yang lazimnya menyebabkan allergi, jadi pemilik kucing harus lebih peka dan elakkan kucing anda makan makanan berasaskan ayam. Respon individu adalah berbeza-beza. Ini kerana sistem badan mereka tidak dapat menerima kandungan protein yang terdapat pada makanan tersebut, dan bertindak balas untuk membuang ia secara mekanikal; cirit, dan juga tindak balas kimia dalam badan; rembesan histamine yang menyebabkan gatal-gatal, mata merah berair

S4) Sekiranya kucing saya mengalami alahan yang teruk, apa yang perlu saya lakukan bagi mengatasi alahan tersebut?

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan segera;

1. Bawa ke Klinik Haiwan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor

2. Doktor akan melakukan beberapa ujian atau pemeriksaan untuk mengesahkan allergy; memperolehi sejarah perubatan kucing tersebut, ujian darah dan ‘allergy test’

3. Bagi kondisi alergi yang kritikal, suntikan steroid dan anti-histamin akan diberikan mengikut dos, dan ubat akan diberikan untuk rawatan di rumah. Walau bagaimana pun, alergi tidak hanya bergantung pada rawatan ubat semata, kerana efek ubat hanyalah sementara dan allergi masih boleh berlaku jika allergan tidak dikenal pasti dan kucing masih lagi terdedah dan ‘in contact’ kepada allergan tersebut

4. Doktor akan menasihatkan untuk tukar kepada makanan anti-allergi, di mana kandungan proteinnya telah di’hydrolised’kan dan boleh diterima oleh badan

5. Pemilik kucing akan di minta untuk membuat ‘Food Trial’ di rumah selama 2-3 minggu, dan perhatikan perubahan kepada kucing anda. Setelah 3 minggu, uji kembali makanan lama kepada mereka dan perhatikan tindak balas allergi berlaku kembali atau tidak. Jika berlaku, anda perlu catatkan apakah jenis makan tersebut yang menyebabkan alergi dan jenis makanan yang serasi dengan kucing anda.

6. Untuk kenal pasti faktor allergi pada kucing memang mencabar dan memakan masa, kerana ‘Alergy Trial’ perlu dilakukan untuk mengetahui agen-agen allergi untuk kucing anda.

S5) Bagaimana alahan-alahan pada kucing ini boleh dirawat atau dicegah? Boleh doktor kongsikan serba ringkas.

Alahan boleh dicegah apabila kita mengetahui apakah sumber/ allergen tersebut dan kita ‘eliminate’ /hindarkan kucing kita daripada allergen itu. Rawatan ubat hanyalah sementara untuk mengurangkan kegatalan dan radang pada waktu tersebut.

1. Mulakan dengan program pencegahan kutu

2. Tukar kepada makanan anti-allergi (hydrolysed protein)

3. Jangan gunakan pasir yang ada bahan pewangi

4. Vacum rumah, karpet, tempat tidur kucing sekerap mungkin

5. Mandikan kucing anda 1-2 kali seminggu, untuk kurangkan kegatalan badan

Jika ada apa-apa kemusykilan, jom la melawat kami. Boleh kami kongsikan mana yang patut dengan korg..

Klinik Haiwan iVET PETCARE

@Seksyen 23, Shah Alam 03-55453560

@Alam Avenue 2, Shah Alam 03-55243560

@Keramat/Setiawangsa 03-42654115

@Bandar Kinrara 5, Puchong 03-80822076

@3Two Square, Petaling Jaya 03-79323528

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *