Sepertimana setiap makhluk hidup, kucing juga terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan. Jadi, jangan terkejut…selalunya kita ingat manusia sahaja yang boleh dapat kencing manis, kucing pun tidak terkecuali.

Kiraan sebenar jumlah kucing penghidap kencing manis agar sukar diramalkan. Mengikut satu kajian yang dijalankan di Universiti Cornell, dianggarkan diantara 0.2% hingga 1% kucing akan disahkan menghidap diabetes sepanjang hayat mereka.

Jadi kepada pencinta kucing sekalian, jom kita sama-sama kembangkan pengetahuan dan ambil ilmu yang kami kongsikan ini untuk bantu kita membantu si bulus-si bulus ini.

Macam Mana Nak Rawat?
====
Pasti ramai yang risau bagaimana kita boleh merawat penyakit ini? Sebelum kita rawat, kita kena tahu dahulu punca mengapa ia berlaku. Simptom paling mudah untuk tahu kucing kita mengalami penyakit ini apabila si manja selalu dahaga dan kerap kencing. Biasanya ini akan berlaku pada kucing yang gemuk & terlebih berat badan.

Sama seperti manusia, diabetes kucing tiada ubat. Kita mampu mengatasinya melalui pengawalan dan rawatan melalui terapi insulin.

Ada terdapat alternatif melalui rawatan lain, seperti menggunakan ubat oral yang mempunyai kesan sampingan dan hanya digunakan jika suntikan insulin tidak boleh digunakan atas sebab tertentu. Terdapat juga ujian darah, urine, fizikal dan isyarat tingkah laku untuk menentukan terapi insulin.

Apa Diet Yang Bersesuaian?
====
Selain rawatan, kita juga perlu menjalankan pengawalan kepada pemakanan kucing. Seperti manusia, kita perlu mengawal kucing untuk berdiet. Apa yang terbaik dalam pengawalan ini adalah kucing perlu makan makanan yang berdiet rendah karbohidrat yang dapat membantu mengawal kadar gula ke tahap normal.

Ada juga jenis baka kucing yang tertentu lebih mudah dijangkiti diabetes. Perlulah kita buat sedikit kajian ataupun terus berhubung dengan veterenar untuk dapatkan pandangan pakar.

Adakah Kencing Manis Kucing Boleh Dicegah?
====
Diet yang seimbang penting dalam pencegahan penyakit ini. Kucing kesayangan kita perlu diberi makanan kurang kalori & dikawal juga jumlah makanan yang kucing ambil. Pastikan makanan ini diberikan mengikut jadual serta makanan yang lebih seimbang mengikut jadual pemakanan yang lebih teratur.

Kita juga boleh jadikan rutin medical check up dilakukan setiap tahun. Manalah tahu jika kucing kita ada sakit tertentu di mana kucing pun pandai sembunyikan penyakit seperti manusia. Jika tidak diabetes, kita masih boleh tahu tahap kesihatan kucing kita melalui check up ini.

Pastikan juga kucing ada rutin senaman dan jangan bermalas serta asyik tidur sahaja. Lakukan pelbagai aktiviti bersama kucing seperti boleh bawa kucing berlari, panjat cat tree atau main dengan toys mereka. Objektifnya, kita nak pastikan mereka bergerak dan terus kekal aktif setiap hari.

Seperti kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari merawat. Apakan daya jika kucing kita sudah jatuh sakit melalui diabetes ini. Tugas kita adalah jangan berputus asa, bantu kucing kesayangan kita dengan rawatan dan diet yang seimbang.

Jemput datang ke iVET PETCARE
iVET Petaling Jaya
03-7932352

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *