BETUL KE VAKSIN KUCING BOLEH MATI?
Team i – Vet telah beberapa kali menerima soalan – soalan seperti ini daripada pemilik Si bulus. Kegusaran ini berlaku hasil daripada bacaan di blog – blog tentang hal ini dan juga yang berkongsi pengalaman tentang vaksin yang membawa maut kepada kucing mereka.
Antara kerisauan pemilik kucing untuk vaksin kucing mereka adalah:
- Takut kucing mati
- Vaksin daripada sumber yang halal atau haram?
- Kos vaksin yang tinggi
- Jadual vaksin tidak sesuai dengan waktu lapang da kerja pemilik
Untuk pengetahuan pemilik Si bulus, vaksin kucing ini penting, seawall usia kitten anda 6 hingga 8 minggu lagi, bertujuan untuk mengaktifkan immunity pada badan mereka terhadap virus – virus lazim.
Kesesuaian usia ini perlu diambil kira, kerana pada usia yang lebih awal dari 6 hingga 8 minggu itu, kitten anda akan mendapat maternal antibody yang diperoleh daripada susu badan ibu mereka.
Jadi sebagai doktor, kami tidak mahu penyilangan antibody yang diperolehi daripada susu ibu. Selain daripda itu, kondisi baby kitten masih terlalu kecil untuk menerima suntikan, dikhuatiri tidak dapat menerima respon daripada vaksin tersebut.
YA, MEMANG BOLEH TERJADI KUCING MATI SELEPAS VAKSIN. KENAPA?
- Kucing itu sendiri ada underlying infection / condition. Seperti contoh cirit – birit, selsema, demam dan banyak lagi. Kondisi badan kucing yang lemah, tidak mampu untuk menerima respon pada vaksin yang masuk ke dalam badan untuk provoke immunity. Disebabkan itu, sebelum vaksin dijalankan doktor perlu melakukan periksa kesihatan dahulu ke atas kucing anda bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini selepas vaksin, daripada terjadi.
- Anak kucing yang terlalu kecil dan lemah juga menjadi punca mereka mati selepas menerima vaksin. Oleh itu, pengambilan vaksin bagi kucing anda adalah pada usia dua hingga tiga bulan dan sebaiknya berat kusing anda berada dalam anggaran 1kg ke atas.
SUMBER VAKSIN HALAL ATAU HARAM?
Jika bercerita tentang sumber vaksin ini halal atau haram, sebagai doktor, kami juga tidak dapat memberikan kepastian. Sebagai doktor, selagi bahan yang digunakan untuk memberi vaksin kepada pesakit tidak jelas kandungan haramnya, dan ianya memberi manfaat kepada pesakit, munkin ianya tiada masalah dalam hokum syrak. #kamibukanustaz
Selain daripada itu, mana – mana spesies haiwan, termasuklah kucing tidak terikat kepada consumption halal atau haram seperti manusia, yang jelas – jelas diturunkan dalam Quran, untuk memastikan apa yang diambil dalam kehidupan halal atau haram. Wallahualam.
KOS VAKSIN MAHAL?
Jika hendak diikutkan vaksin itu mahal dan membazir, ketahuilah bahawa kos untuk merawat kucing kesayangan anda apabila terkena jangkitan dan kerap sakit, boleh menelan belanja yang lebih baik. Kos pencegahan lebih mudah, dan kosnya jauh lebih murah daripada kos rawatan.
KOMITMEN MASA TIADA?
Sebelum memelihara kucing, sebagai pemilik, anda perlu memikirkan komitmen masa itu pada tempat pertama, sebelum memiliki mereka. Jika tidak ada komitmen, terutama sekali masa, anda hanya perlu kuburkan hasrat anda untuk memiliki kucing.
Tidak salah untuk meluangkan sedikit masa anda bagi kesihatan sib ulus. Ketika kucing anda di vaksin, doktor yang ada di iVet akan berkongsi langkah penjagaan dan menjawab sebarang pertanyaan daripada pemilik. Kami juga monitor keadaan kucing dalam tempoh seminggu fasa tindakbalas immunity terhadap vaksin. Antaranya;
- JANGAN mandikan kucing dalam tempoh 5 hingga 7 hari selepas vaksin. Bagi menghindarkan demam dan stress.
- JANGAN lepaskan kucing keluar rumah. Dikhuatiri kucing anda akan terdedah kepada hujan atau jangkitan dalam tempoh seminggu itu.
INFO
- VAKSIN WAJIB, penyakit lazim yang selalu dijangkiti kucing adalah Panleukopenia, Herpes Virus, Calici Virus, seawall 6 hingga 8 minggu. ( Perlu repeat 2nd booster selang tiga hingga empat minggu )
- Vaksin Rabies di anggap wajib di sesetengah tempat. Lebih – lebih lagi kalua zon tersebut pernah terdedah dengan wabak rabies. Rabies ni bukan sahaja dijangkiti kucing, ia zoonotik dan boleh menjagkiti manusia.