Selain pemeriksaan biasa yang dijalankan kepada si bulus, tahukah anda bahawa pemeriksaan organ dalaman kucing juga perlu bagi memastikan tahap kesihatan sib ulus anda berada dalam keadaan baik oada luaran dan dalaman.

 

KENAPA PERLU CHECK?

 

Kita perlu tahu, kucing dengan berat sekitar 3 hingga 6kg dan mempunyai badan yang kecil dan ringan. Organ mereka menapis pelbagai jenis toxin, kumbahan dan pelbagai ubatan yang diberikan. Kita pun tak tahu apa yang mereka makan diluar sana, racun rumput? Racun serangga? Ubat dengan lebihan dose yang diberikan, tanpa priskripsi doktor mungkin? Semua tu ditapis oleh hati, buah pinggang. Sejauh mana kita tahu organ tapisan ini sihat dan boleh bekerja dengan baik?

 

BAGAIMANA KITA NAK PERIKSA ORGAN MEREKA?

 

Mudah sahaja, kami akan ambil sedikit darah kucing tersebut dalam 0.5 ml, untuk dilakukan biochemical blood analysis. Tempoh screening hanyalah sekitar 15 hingga 20 minit sahaja. Pemilik akan diberikan keputusan Boold Analysist dan menerima penerangan berkaitan keputusan ujian yang dijalankan setelah selesai Proses Blood Screening. Antara parameter penting yang akan diuji seperti:

 

 

Semua itu adalah antara enzim parameter yang terdapat pada organ, dan sebarang kerosakan boleh menyebabkan levelenzim meningkatkan melebihi paras normal. Melalui bacaan level parameter dan ratio mereka, kita dapat mengetahui keadaan status kesihatan organ dalaman dan fungsi fisiologi kucing kesayangan kita.

 

BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA PERIKSA ORGAN DALAMAN KUCING ANDA?

 

Sangat disarankan kucing yang berumur 7 tahun ke atas untuk membuat Screening Organ kucing setiap 6 bulan atau setahun sekali. Kenapa penting Screening Organ kucing ni? Sebarang perubahan pada status kesihatan organ mereka, lebih cepat dikesan dan dirawat. Sebarang langkah kawalan dan pencegahan boleh dilakukan di peringkat awal, dan kaedah rawatan lebih minor dan lebih mudah berbanding keadaan organ yang kritikal dan severely damaged.

 

Lebih awal dan cepat kita ketahui, lebih mudah kita mencari jalan pencegahan dan rawatan awal yang boleh di ambil. Mencegah lebih baik dari merawat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *