Patah Tulang

Rawatan Awal Membantu

Ada pemilik kucing yang pernah lalui pengalaman kucing mereka patah tulang? Sama ada patah di kaki, tulang pinggul, tangan dan tengkorak?

Apakah Punca?

  1. HBC (Hit By Car)
  2. Jatuh dari tingkat tinggi
  3. Terpijak/ dipukul
  4. Terhimpit/ Terkepit Pintu

Tindakan Awal Perlu Dibuat?

  1. Kenalpasti keadaan kucing anda tahap kritikal mereka, Gred 1, 2, atau 3. Trauma luaran seperti pendarahan, tulang terkeluar, mata pecah, rahang mulut terkulai, tangan kaki bengkak tak boleh berjalan
  2. Gred 1: Masih boleh bangun berjalan seperti biasa tapi terhincut-hincut. 

      Gred 2: Tidak boleh berjalan, keadaan masih nampak stabil

      Gred 3: Terlantar, dengan pendarahan dan trauma yang jelas kelihatan

  1. Bawa segera ke klinik haiwan terdekat yang mempunyai fasiliti kecemasan. Doktor akan highly suggest untuk X-ray kucing tersebut. Jadi barulah kita boleh tau keadaan internal organ mereka, samada terdapat pendarahan ke, tulang yang patah dan organ yang roak/pecah akibat trauma

            

Apa doktor nak buat?

Ok, sekarang pihak doktor pulak kene berpikir apa nak buat bila dapat kes macam ni.. Selalu kalau kes-kes trauma yang masuk ni memang mendebarkan nak-nak kalau Gred 3. Feeling dia? Ya Allah, tuhan je tau boleh ke nak hidup ni.. Jom ikuti apa treatment plan yang kitorg buat.

1. Emergency Care

Masa patient (Pt) masuk lagi kita dah kene access vital organ,parameters mereka. A.B.C. A- Airways, kalau ada tersumbat salur penafasan, B- Breathing, macam mana pattern pernafasan mereka, laju, shallow, atau x bernafas. C-Circulation, sistem pengaliran darah mereka, boleh dilihat dari CRT (tempoh masa di mucous membrane). 

Bila semua ok, IV drip terus set up untuk stabilise keadaan mereka kerana kita perlu ingat mereka masih dalam shoke/ trauma. Anything can happen sementara kita nak buat detail diagnosis dengan X-ray dan Blood test.X-ray

2. X-Ray

Sebaiknya memang kita akan X-Ray semua bahagian, nakpastikan kita cover semua aspek. Dari X-ray la boleh nampak jika ada patah tulang, pendarahan di abdomen, thorax, organ masih intact atau tidak. Bila dah identify, baru  kita fokus mana section yang perlukan rawatan. 

Selalunya kalau kes kene langgar HBC, patah di area pinggul (pelvic), kaki depan/belakang, dan rahang terkulai (mandibular symphysis dislocate). Jika kes jatuh rumah tingkat tinggi, lazim perkara di atas berlaku, dan juga retak di cleft palate (lelangit mulut)

3. Fokus area

Bila dah dikenalpasti di mana dan apa jenis trauma mereka, barulah senang untuk kami nak decide apa action plan seterusnya. 

Kalau tulang patah di kaki depan/belakang ni, ada beberapa options yang kita boleh pilih ikut keadaan mereka. Ada beza bila nak gunakan bandaging/splint (Robert Jones Bandage-RJB) , POP atau internal fixation (menggunakan orthopeadic implants). 

Internal fixation ni selalunya lebih invasive dan fixation lebih directed dan stabil. Ada beberapa kaedah seperti Plating & screws, IM Pin, K-wires, cerlage wires. Semua ini dipilih ikut preferential doktor dan skill mereka. Of course, setiap kaedah ni ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

4. Jenis Orthopeadic Surgery di iVet

  1. External Skeletal Fixation (ESF)                                      B. IM Pin  

C. Bone Plate & screws                        D. Cerlage Wire  

 

E. SCREWS 

Rawatan Post-Operation

  1. Di klinik

Lazimnya selepas surgeri, pt akan diwadkan dalam 2-3 hari untuk monitoring, IV drip dan diberikan ubatan seperti antiobiotik, tahan sakit dan rawatan fisiotherapy. Apabila dirasakan pt lebih stabil dan mula menggunakan berdiri menggunakan kaki pada 1-3 hari selepas surgeri barulah doktor akan lepaskan pulang. Sebelum balik tu, akan ada session Owner-Vet, di mana doktor/Vet Assistant akan terangkan detail penjagaan di rumah. 

B. Di rumah

4 Responses

    1. Admin advise puan bawa ke vet dengan segera ya. Vet akan assess keadaan kucing sebelum advise next action.

  1. Hi doctor sy nak tanya..normal ke klau kucing saya baru lepas masuk besi kt tangan sebab patah jatuh dari tingkat atas..tp lepas cabut besi..still ade besi yg terkeluar dari isi dia..normal or x ye docktor

Leave a Reply to shafiqah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *