ARTHRITIS MENYERANG KUCING SENIOR

Arthritis atau Osteoarthritis (sakit sendi) yang sering kita dengar terjadi pada orang – orang tua, sebenarnya masalah yang sama juga berlaku kepada kucing terutamanya kucing tua berusia 7 tahun ke atas.

PENYAKIT ARTHRITIS

Sakit sendi berlaku apabila sendi rawan yang ada pada kucing mengalami radang atau membengkak, yang menyebabkan kesakitan pada kucing untuk bergerak, melompat dan berjalan.

Sungguhpun begitu, Osteoarthritis bukanlah masalah yang kerap berlaku pada kucing. Selalunya, masalah ini boleh terjadi jika saiz badan kucing tersebut obes dan juga jika kucing tersebut pernah mengalami kecederaan tulang, atau kerosakan pada sendi.

Kawasan yang dipengaruhi oleh arthritis

SIMPTOM – SIMPTOM OSTEOARTHRITIS

Jika dilihat secara fizikal, sendi kaki mereka sedikit keras dan kaku (stiffness), bengkak dan merah, sakit apabila disentuh atau diregangkan. Kucing dengan masalah ini juga sering lethargic atau cepat berasa penat apabila berjalan, lebih suka duduk, tidak akftif seperti biasa, terhincut – hincut semasa berjalan. Tanda – tanda ini merupakan tanda awal kepada simptom penyakit ini.

 

Untuk diagnosis lebih terperinci, doktor akan sarankan untuk melakukan X – ray pada bahagian – bahagian sendi tersebut untuk mengenalpasti masalah sebenar. Dari situ, baru kaedah rawatan lebih khusus dilakukan, sama ada pesakit memerlukan rawatan secara surgeri, laser therapy, ubatan atau pun pencegahan.

PUNCA OSTEOARTHRITIS

Obesiti – berat badan berlebihan menyebabkan tekanan berat pada sendi rawan di keempat – empat kaki kucing yang kecil. Lebih – lebih lagi apabila mereka yang asalnya aktif, melompat, berlari, tekanan yang tinggi dan kerap, akan menyebabkan sendi rawan tersebut haus dan menipis. Lama kelamaan, sendi itu akan membengkak dan tidak berfungsi untuk menampan momentum berat badan semasa bergerak.

Kecederaan – Ada kucing yang mungkin mengalami kecederaan di luar yang mungkin tanpa kita sedari. Seperti dilanggar basikal, terjatuh pokok atau almari, dan dilanggar motor. Hal ini boleh menyebabkan keretakan pada sendi tulang dan kerosakkan pada rawan mereka.

 

Faktor usia tua – Apabila kucing memecah umur 7 tahun ke atas, mereka dikategorikan sebagai kucing fasa “Geriatrik“ tua. Pada fasa ini, sendi rawan yang asalnya lembut akan mula degenarasi, mengeras dan mengecut apabila semakin berusia. Apabila rawan mengecut, mengeras dan menipis, berlaku pengeseran antara tulang – tulang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi itu.

CARA RAWATAN

Masalah Osteearthritis bukanlah boleh dirawat sembuh seperti sediakala. Rawatan masalah ini selalunya, hanya untuk mengurangkan kesakitan dan mengawalnya untuk tidak menjadi lebih teruk sahaja.

Selalunya mereka akan diberikan ubat tahan sakit, anti – radang, dan juga omega 3 yang mempunyai kandungan anti – radang dan anti – oksida berfungsi untuk merawat masalah kulit dan bulu gugur.

Beberapa supplement lain juga akan diberikan untuk mengawal kerosakan sendi rawan yang diprepsikan oleh doktor Vet. Selain itu, berat badan kucing perlu dikawal dan doktor akan memberi saranan untuk menurunkan berat badan pesakit mengikut beberapa cara; sama ada regime pemakanan dan juga senaman.

PENJAGAAN KUCING OSTEOARTHRITIS

Banyak perkara yang pemilik kucing perlu titik beratkan bagi penjagaan penyakit ini, antaranya;

  1. Sediakan tempat tidur atau ruang rehat mereka dengan tuala kesat, untuk mengelakkan lantai licin.
  2. Gunakan bekas pasir yang leper, mengelakkan mereka untuk mengangkat kaki tinggi atau melompat ke dalamnya.
  3. Sesekali urutlah kawasan kaki dan sendi mereka untuk berikan keselesaan.
  4. Letakkan kawasan rehat, bekas najis dan tempat makanan mereka berdekatan, yang lebih mudah untuk dicapai.
  5. Bawa ke klinik vet yang sediakan perkhidmatan Laser Therapy untuk melancarkan aliran darah di kawasan sendi supaya pergerakan kucing lebih baik, InshaAllah.

Osteoarthritis adalah masalah yang boleh dielakkan, jika penjagaan berat badan dan pemakanan kucing anda dijaga dengan baik.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan behaviour kucing anda boleh diajukan melalui Facebook: i Vet Petcare, Instagram: ivetpetcare atau datang melawat kami di klinik. Kehadiran anda dan si comel amatlah dialu-alukan.

iVET PETCARE Seksyen 23, Shah Alam (03-55453560)

iVET PETCARE Alam Avenue 2, Shah Alam (03-55243560)

iVET PETCARE Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)

iVET PETCARE Keramat, Kuala Lumpur (03-42654115)

iVET PETCARE Petaling Jaya (03-79323528)

2 Responses

  1. 1. Makanan apa yang sesuai untuk kucing senior atau 3 tahun ke atas ?
    (kurang protein ? free grain ? )

    2. Adakah supplement seperti ivets sentials immunoboost dan prodigest sesuai untuk kucing senior atau kucing selsema ?

    1. 1- Pemakanan untuk kucing senior ni ikut juga pada keadaan dia dari segi berat badan, isu komplikasi kesan dari penyakit lalu, alergi dan sebagainya. Untuk panduan lanjut, admin advise tuan untuk refer laman web ni https://wb.md/3nWvtU8.

      2- Supplement spt iVETSSENTIALS Immunoboost dan ProDigest sesuai untuk kucing senior sebagai nutrisi tambahan dari diet harian mereka. Immunoboost mempunyai kandungan asid amino dan mineral yg tinggi yg mampu tingkatkan imuniti terhadap selsema. Ia bukanlah ubat kepada selsema tp lebih untuk tingkatkan imuniti kucing itu sendiri. Tuan boleh dapatkan Immmunoboost di mana-mana iVET PETCARE berdekatan atau melalui online di https://ivetpetcare.storehub.me/products/ivetssentials-immunoboost.

Leave a Reply to riza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *