1. Maklumat Hostel

Dapatkan seberapa banyak matlumat hostel tersebut seperti masa beroperasi, berapa lama pengalaman dalam industri ini. Pemilik juga boleh buat lawatan ke tempat boarding untuk mengetahui kebersihan, bau, pengurusan kennel, melihat sendiri keadaan kucing-kucing yang sedia ada, kerana good environment= happy cats!

 

Owh, tidak lupa juga, dikala membuat booking untuk boarding cuti perayaan, pastikan anda tanya bila tarikh buka booking, kerana boarding cuti perayaan besar lazimnya ‘full house’ dikebanyakkan Pets Hotel.

 

  1. Testimoni/ Recommendation

Tidak salah untuk mendapat testimoni daripada pelanggan-pelanggan sedia ada atau yang pernah menghantar kucing mereka ke hostel tersebut.

 

  1. Keperluan Hostel

Pastikan apa keperluan yang diperlukan oleh hostel tersebut untuk menerima kucing anda; status vaksin, ubat kutu, status kesihatan kucing anda. Ada hostel yang tidak menerima kucing sakit di hostel mereka kerana tiada kemudahan klinik dan doktor.

 

Vaksin dan ubat kutu adalah wajib di majoroti hostel kucing kerana mereka perlu memastikan semua haiwan sihat dan tidak menjangkiti sesama sendiri.

 

  1. Staff Kennel

Kenali staff-staff di tempat boarding kucing anda. Adakah mereka mesra haiwan dan berpengalaman? Urusan anda lebih mudah jika anda dan staff saling mengenali, kerana mereka pastinya akan lebih gembira dan prihatin menguruskan kucing anda semasa ketiadaan anda.

 

  1. Jadual Aktiviti

Anda boleh bertanyakan jadual aktiviti harian di hostel kucing anda kepada staff dan pengurusan hostel tersebut. Jadual pembersihan dan masa makan mereka. Mereka pasti dengan senang hati memberi tahu jadual mereka.

 

Lazimnya, pemilik kucing tidak dibenarkan menziarah kucing semasa pembersihan dan waktu makan untuk mengelakkan gangguan kerja. Dikala ini, adalah tempoh yang paling sibuk dan memerlukan kepantasan bekerja untuk menguruskan kucing yang banyak.

 

  1. Arahan Pemakanan

Sekiranya kucing anda alah pada sebarang makanan, dan memerlukan makanan khas untuk alahan, sila maklumkan pada staff kennel. Anda perlu menyediakan makanan khas untuk mereka sepanjang tempoh boarding.

 

  1. Informasi Pemilik

Pastikan informasi anda lengkap, nombor untuk dihubungi, alamat rumah atau hotal di mana anda berada, siapa perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

 

  1. Kecemasan

Sekiranya tempat hostel tersebut tiada kemudahan klinik dan doktor vet, anda boleh memberikan nombor telefon klinik/vet yang biasa merawatnya. Ini kerana sejarah perubatan mereka lebih mudah diketahui.

 

  1. Sejarah kesihatan/perubatan

Jika menghantar kucing anda yang sakit untuk boarding, adalah sangat disarankan dihantar ke klinik kerana terdapat kemudahan perubatan. Sekiraya tiada, pastikan anda maklumkan kepada staff kennel sejarah kesihatan kucing anda agar mereka lebih prihatin dengan tanda-tanda klinikal dana pa yang perlu dibuat.

 

  1.  Keperluan dan perhatian khas

Sebarang keperluan khas kucing anda perlulah dimaklumkan dan boleh diajar kepada staff bagaimana untuk menguruskannya sepanjang ketiadaan anda. Cth.; kucing yang mempunyai masalah saraf, perlu membuat bladder compression setiap hari, kucing yang semi-paralyzed (separa lumpuh) untuk buat senaman dan gerakan kaki mengikut tempoh-tempoh tertentu. Anda juga boleh maklumkan lebih awal jika mahu mandikan kucing sebelum dibawa pulang.

 

Hubungi Cawangan Klinik Haiwan iVet Petcare terdekat dengan anda;

  1. iVet Alam Avenue 2, Shah Alam 03-55243560
  2. iVet Seksyen 23, Shah Alam 03-55453560
  3. iVet Keramat/Setiawangsa, KL 03-42654115
  4. iVet Bandar Kinrara 5, Puchong 03-80822076

www.ivetpetcare.com

Map semua klinik haiwan iVet Petcare boleh dibuka di website (Contact Us)

 

2 Responses

  1. maklumat yang bagus untuk pemilik kucing. sentiasa update info berkaitan dengan kucing.

Leave a Reply to ivetpetc-admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *