FIP MEMBAWA MAUT PADA KUCING ANDA
Infectious Peritonitis (WET or DRY form)
FelineS1) Apakah Feline Infectious Peritonitis?
FIP adalah satu penyakit virus daripada Virus Corona yang bermutasi dalam badan kucing. Lazimnya Virus Corona ni hanyalah virus biasa yang menyebabkan cirit ringan dan tidaklah mengakibatkan jangkitan yang fatal. Tetapi, 5% kucing yang dijangkiti Virus Corona ini boleh dijangkiti FIP apabila Virus ini bermutasi di dalam badan atau sistem immuniti individu kucing tersebut bertindak balas secara abnormal pada virus ini.
S2) Mengikut kefahaman doktor, adakah virus FIP berpunca dari masalah kesihatan, jangkitan atau faktor persekitaran? Boleh doktor huraikan.
FIP bukanlah penyakit yang senang berjangkit seperti Parvo Virus. Namun, jangkitan boleh berpunca daripada immunity badan yang lemah, genetic kucing tertentu terutamanya jangkitan ibu kepada kittens yang baru dilahirkan, dan paling kerap pada persekitaran yang banyak kucing. Semua kucing yang pernah dijangkiti Virus Corona berisiko untuk mendapat FIP
S3) Apakah tanda-tanda awal kucing itu dijangkiti FIP dan bagaimana virus tersebut didiagnosis?
Simptom yang kerap dilihat di peringkat awal seperti masalah pernafasan, mata berair, cirit, dan juga lemah dan kerap sakit kerana immunity badan yang menurun.
FIP mempunyai dua jenis symptom; Dry FIP yang melibatkan masalah saraf dan sering dilihat pada kitten di bawah 6 bulan. Wet FIP yang menyebabkan busung air pada abdomen dan juga thorax. PEnyakit FIP ini berlaku apabila virus bermutasi menyebabkan sistem immunity badan memakan sel dan organ badan sendiri. Seterusnya menyebabkan radang tanpa kawalan di otak, saraf dan otot menyebakan masalah saraf dan otot. Manakala radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan ‘leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang mengganggu pernafasan.
S4) Bagaimana virus FIP dirawat?
FIP boleh dikatakan membawa maut dan tiada penawar. Apa yang doctor vet boleh lakukan selalunya memastikan keselesaan fizikal dan pernafasan pada kucing tersebut dan juga melengahkan tempoh rebakkan virus di dalam badan. LAzimnya rawatan simptomatik akan diberikan untuk melegakan symptom sementara.
S5) Adakah FIP mudah merebak ke kucing lain dan bagaimana untuk mencegahnya? Boleh doktor kongsikan kepada pembaca.
FIP bukanlah penyakit yang mudah berjangkit sebenarnya, Cuma ia lebih mudah menjangkiti kucing yang immunitinya lemah dan sering berlaku pada persekitaran kucing yang banyak, kerana risiko jagkitan Virus corona sangat tinggi untuk populasi kucing yang banyak. Selalunya virus banyak dikeluarkan pada air liur (saliva) dan najis (cirit) bagi kucing yang tengah terjangkit. Untuk pencegahan, asingkan kucing yang sakit dan pastikan tangan dan pakaian anda dibersihkan dahulu sebelum pegang kucing lain.
Antara tips mudah disinfek rumah: MENGGUNAKAN CLOROX/ BLEACH
a) 2 MUG PENUH CLOROX + 1/2 BALDI AIR
b) gunakan air bancuhan ini untuk mop lantai dan basuh perkakasan kucing anda, biarkan 10 minit ‘contact time’ dan bilas/basuh hingga yakin bersih dan tiada kesan clorox lagi.
c) Pastikan anda asingkan kucing, anda pakai selipar dan glove semasa melakukan disinfection untuk keselamatan diri
Jika dirasakan tips ini bermanfaat, anda boleh kongsikan dengan semua untuk informasi bersama. Untuk tips kucing lagi banyak, bole ke website kami dan juga artikel-artikel kami di Majalah Kucing Hai Meow. Sebarang pertanyaan berkaitan penyakit bolehlah hubungi kami, ikuti kami di Facebook, Instagram dan You Tube : I Vet Petcare.
Anda juga boleh DOWNLOAD mobile apps kami di Playstore dan Appstore: IVET PETCARE untuk dapatkan video-video tips penjagaan, voucher dan jemputan Premium ke iVet Cats Party
SELAMAT MENCUBA!
Buatlah pemeriksaan penuh status kesihatan kucing anda dan pastikan juga mereka divaksinkan untuk immunity terhadap virus-virus dan jangkitan lazim.
3 SEBAB VAKSIN PENTING UNTUK KUCING ANDA
1. Meningkatkan immuniti asas terhadap virus pembunuh kucing
2. Menjimatkan kos rawatan kucing
3. Daya tahan dan jangka hayat lebih panjang, insha Allah
–
[VAKSIN COMBO 3 IN1 LEBIH JIMAT DI iVET PETCARE]
✔ 3 x Vaccines & Deworm
✔ 10% diskaun pemandulan (1 ekor)
✔ Pakej bole digunakan untuk 3 ekor kucing ATAU 1 ekor dgn 3x booster
✔ FREE cats health info and mobile apss; iVET PETCARE for many promos, tips, homecare and iVET Cats Day invitation
✔ Basic Acupuncture session for the FIRST 20 customers
Hubungi Cawangan Klinik Haiwan iVet Petcare terdekat dengan anda;
- iVet Alam Avenue 2, Shah Alam 03-55243560
- iVet Seksyen 23, Shah Alam 03-55453560
- iVet Keramat/Setiawangsa, KL 03-42654115
- iVet Bandar Kinrara 5, Puchong 03-80822076
www.ivetpetcare.com
Map semua klinik iVet boleh dibuka di website (Contact Us)