FAQ

General Info

Bilakah waktu operasi iVET PETCARE?

Kami beroperasi pada setiap hari Isnin-Sabtu dari jam 10.30 pagi – 8.00 malam. Manakala pada hari Ahad dari jam 10.30 pagi – 7.30 malam. Kami tidak beroperasi pada hari Cuti Am.

Di manakah lokasi iVET PETCARE?

Kami mempunyai 5 cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Seksyen 23 Shah Alam, Alam Avenue 2 Shah Alam, Setiawangsa Kuala Lumpur, Bandar Kinrara 5 Puchong dan 3 Two Square Seksyen 19 Petaling Jaya. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Contact Us di laman sesawang kami www.ivetpetcare.com.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh iVET PETCARE?

Kami menawarkan perkhidmatan seperti Medical Treatment & Consultation, Accident & Emergency Cases, Surgery (Soft Tissue and Orthopaedic), Dental Treatment & Surgeries, Diagnostic Laboratory & Imaging, Grooming & Spa dan Boarding & Daycare.

Apakah Kaedah pembayaran yang digunapakai iVET PETCARE?

Kami menerima pembayaran tunai, kredit kad & online transfer. Perkhidmatan e-Wallet pula akan bermula pada Ogos 2019.

Adakah harga yang diberikan termasuk cukai jualan & perkhidmatan?

Berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan Pindaan 3 2018, Perkhidmatan Veterinar tidak dikenakan cukai oleh Kerajaan. Oleh itu, iVET PETCARE tidak mengenakan sebarang caj cukai jualan dan perkhidmatan kepada pelanggan selagi ianya adalah pembelian produk dan perkhidmatan veterinar.

Di manakah saya boleh dapatkan informasi berkenaan dengan promosi & pakej terbaru daripada iVET PETCARE?

Informasi berkenaan dengan promosi dan pakej terbaru daripada iVET PETCARE boleh didapati di laman web www.ivetpetcare.com dan Laman Sosial rasmi kami di Facebook, Twitter dan Instagram.

Bolehkan saya dapatkan khidmat nasihat di dalam aplikasi online seperti Whatsapps, IG, Twitter @ FB?

Untuk khidmat nasihat daripada doktor, kami sarankan anda terus berjumpa dengan doktor di klinik iVET PETCARE. Ini kerana doktor dapat mengenalpasti masalah dengan lebih teliti dan mencadangkan rawatan yang sesuai kepada pelanggan.

Products Info

Adakah iVET PETCARE mempunyai produk supplement untuk haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing?

iVET PETCARE mempunyai produk supplement iVETSSENTIALS seperti Omega +yang baik untuk kulit dan bulu haiwan peliharaan, Immuno Boostuntuk meningkatkan selera makan dan daya tahan haiwan peliharaan dan ProDigestuntuk menggalakkan pencernaan dan tumbesaran yang sihat.

Apakah produk keluaran iVET PETCARE selain iVETSSENTIALS?

Selain iVETSSENTIALS, iVET PETCARE telah mengeluarkan produk seperti SILKY SMOOTH SHAMPOOyang mempunyai Minyak Kelapa Dara untuk kesihatan bulu & kulit serta GROOMING GLOVE untuk membantu merapikan bulu haiwan peliharaan anda

Berapa lama masa penghantaran jika saya membeli produk iVET PETCARE secara atas talian?

Jika membeli produk iVET PETCARE secara atas talian, masa penghantaran adalah antara 3-5 hari waktu bekerja.

Berapakah caj yang dikenakan oleh iVET PETCARE untuk penghantaran produk atas talian?

Kami mengenakan caj penghantaran mengikut HARGA BERAT yang ditetapkan oleh syarikat kurier pilihan kami iaitu PosLaju. Pelanggan boleh menyemak harga di sini https://bit.ly/2IVQ2xf

Jika produk iVET PETCARE yang dipesan rosak semasa menerima barang tersebut, apa perlu saya buat?

Kami di iVET PETCARE akan bertanggungjawab sekiranya produk yang diterima rosak @ pecah dan kami akan membuat penghantaran baru kepada pelanggan. Tetapi sekiranya produk tersebut hilang atau tidak sampai ke tangan pelanggan, sila berurusan dengan syarikat kurier yang telah menghantar produk tersebut.

Treatment & Consultation Info

Jika saya batalkan rawatan atau pembedahan haiwan peliharaan saya, adakah saya akan dapat balik wang saya?

Pemulangan wang tertakluk kepada prosedur rawatan & surgeri, barangan klinikal, konsultasi dan perkhidmatan yang telah digunakan/dijalankan ke atas haiwan peliharaan pelanggan. Berdasarkan polisi syarikat, pemulangan semula wang pelanggan boleh dibuat tetapi dalam tempoh 3-5 hari waktu bekerja terus ke dalam akaun pelanggan.

Adakah saya boleh meninggalkan haiwan peliharaan saya di klinik kerana urusan kerja@ sebab lain?

Boleh , tetapi perlu membayar penuh kos rawatan atau pembedahan sebelum beredar.

Jika terdapat kes kecemasan seperti haiwan peliharaan dilanggar, adakah ia diberi keutamaan di klinik ini?

Kes kecemasan seperti kemalangan @ keracunan akan diberi keutamaan untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

Di manakah saya perlu membuat aduan jika berlaku perkara yang tidak diingini semasa mendapatkan perkhidmatan di iVETPETCARE?

Anda boleh membuat aduan terus kepada pengurusan iVETPETCARE di ruangan Get in Touch di laman sesawang kami www.ivetpetcare.com.

Adakah klinik iVETPETCARE menerima tempahan atas talian seperti penginapan haiwan peliharaan atau pemandulan?

Kami menerima tempahan atas talian untuk pakej pemandulan dan pelanggan perlu membuat pembayaran penuh untuk muktamadkan tempahan tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang www.ivetpetcare.com.

Apakah syarat jika haiwan peliharaan saya ingin bermalam di iVETPETCARE?

Syarat yang dikenakan untuk boarding di iVET PETCARE ialah haiwan peliharaan wajib divaksin terlebih dahulu dan bebas kutu 1 bulan maksimum dari tarikh boarding.

Pada umur berapa haiwan peliharaan seperti kucing sesuai untuk di vaksin?

Haiwan peliharaan sesuai di vaksin pada seawal umur 3 bulan. Harga yang dikenakan ialah RM40 bagi setiap vaksin atau boleh memilih pakej vaksin kami berharga RM123 termasuk 3 kali vaksin dan 3 kali ubat cacing. Pakej vaksin boleh dibeli terus melalui laman sesawang kami dan tebus di mana-mana cawangan iVET PETCARE.

Pada umur berapa haiwan peliharan seperti kucing sesuai di mandulkan?

Haiwan peliharaan seperti kucing sesuai dimandulkan pada awal umur 5 bulan bagi kucing betina dan seawal umur 6 bulan bagi kucing jantan. Harga pemandulan kucing jantan ialah RM100 dan RM150 bagi kucing betina. Jika haiwan peliharaan pelanggan onheat atau mengalami komplikasi semasa pembedahan, caj tambahan RM30-RM50 akan dikenakan. Haiwan peliharaan wajib dipuasakan 12 jam sebelum pembedahan dilakuan. Pakej pemandulan juga boleh dibeli terus melalui laman sesawang kami dan tebus di mana-mana cawangan iVET PETCARE.