Apa itu headpressing dan head butting? Ha! Pasti pemilik bulus biasa dengan dua kelakuan ini kan?

Tetapi tahukan anda, dua perilaku ini merupakan dua perkara yang berbeza dan jika salah ‘tafsir’ kedua perilaku ini, pastikan kesihatan si bulus anda yang jadi taruhannya. Bagi mengetahui dua perbezaan perilaku ini, dan mengetahui dengan lebih jelas apa itu headpressing, jom kita dapatkan jawapannya daripada pakar Vet anda.

Definisi head pressing dan headbutt, serta perbezaan antara dua kelakuan ini?

Kepada yang tak tahu, terdapat dua perbezaan antara pada dua simptom yang dilihat seperti di atas. Head pressing merupakan simptom yang dilihat apabila kucing sering menekan kepala pada permukaan keras seperti dinding, lantai dan cage. Lazimnya keadaan ini, melibatkan masalah saraf, pressure pada bahagian kepala atau dalam amata, atau berkemungkinan terdapat physiologically imbalance. Diagnosis yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengetahui punca hadirnya simptom ini.

Manaka head butting, berbeza pula dengan head pressing merupakan aksi normal yang kerap dilihat pada kucing-kucing yang bergeser pada manusia atau permukaan benda atau perabot. Aksi ini lebih kepada menanda kawasan dan perasaan suka pada sesuatu.

Punca berlaku head pressing, adakah disebabkan simptom penyakit?

Head pressing, selalunya dikaitkan dengan masalah saraf dan metabolic kucing tersebut. Simptom yang dilihat menekan kepala kepada benda keras lebih untuk mengurangkan rasa sakit dan pressure yang tinggi dalam mata yang dizahirkan dengan menekan pada objek keras. Sama seperti kita, jika diserang migraine yang dirasakan sakit di atas kepala atas atau depan mata, kita akan cuba untuk memicit dan urut kepala untuk kurangkan rasa tekanan tersebut, begitu juga dengan kucing.

Adakah masalah head pressing ini boleh dikaitkan dengan masalah intoxication pada kucing? Adakah normal kucing melakukan head pressing atau apa-apa tanda yang boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan si bulus?

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya keadaan ini seperti metabolic imbalance, hypertension, kerosakkan saraf dan sebagainya. Semestinya TIDAK NORMAL, diagnosis dan rawatan mendalam disarankan, kerana simptom tersebut merupakan kesakitan yang cuba dizahirkan oleh kucing.

Jika terjadinya kelakuan head pressing ini, ada tempat atau lokasi yang akan menjadi tempat si bulus tuju bagi head pressing ?

Bagaimana cara mengatasi masalah head pressing pada kucing dan cara merawat masalah ini? Lazimnya dinding, lantai dan permukaan keras. Diagnosis lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengetahui punca, sama ada masalah metabolik atau pun saraf pada mata dan otak. Tekanan darah dan tekanan dalam bebola mata antara diagnosis awal yang boleh diukur. Rawatan hanya boleh dilakukan setelah diagnosis dijalankan, kerana punca sebenar perlu diketahui untuk rawatan masa panjang.

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan behaviour kucing anda boleh diajukan melalui Facebook: i Vet Petcare, Instagram: ivetpetcare atau datang melawat kami di klinik. Kehadiran anda dan si comel amatlah dialu-alukan.

iVET PETCARE Seksyen 23, Shah Alam (03-55453560)

iVET PETCARE Alam Avenue 2, Shah Alam (03-55243560)

iVET PETCARE Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)

iVET PETCARE Keramat, Kuala Lumpur (03-42654115)

iVET PETCARE Petaling Jaya (03-79323528)