KUCING SAYA SEMAKIN BOTAK! APA NAK BUAT?

 KENALI PUNCA KEHILANGAN BULU

INTRO:  Adakah anda menyedari kucing di rumah agak kurang berbulu ketika ini? Sesetengah bulu mereka gugur seolah-olah kucing menanggalkan ‘kot musim’ sejuknya. Bagi segelintir pemilik kucing, mereka menganggap masalah keguguran bulu adalah perkara normal.

Tetapi, jika kucing kesayangan kehilangan banyak bulu secara kerap, mungkin terdapat masalah yang ‘tersembunyi’ yang perlu diketahui. Jom ikuti ‘pendedahan’ tentang simptom ini dari Vet panel Haimeow iaitu Doktor Natrah dari Klinik Haiwan I-VET PETCARE, Shah Alam

SOALAN

S1) Apakah yang dimaksudkan dengan masalah keguguran bulu atau bahasa ‘kucingnya’, Alopecia?

Alopecia, adaLah terminologi klinikal yang bermaksud kawasan kulit/rambut botak, atau tiada bulu boleh disebabkan oleh beberapa faktor Dermatitis (radang kulit) seperti kulit allergi, jangkitan parasit seperti kutu, fungus seperti ringworm, jangkitan bakteria pada kulit, trauma pada kulit seperti sentiasa digaru/ bergesel pada sangkar, nutrisi makanan yang tidak cukup dan juga ketidak seimbangan hormon especially thyroidisme (hormone imbalance ) yang kerap dilihat pada kiri kanan pinggul.

Walau bagaimana pun, tak semestinya bulu gugur boleh menyebabkan alopecia, kerana Alopecia adalah kawasan botak berkelompok atau setempat seperti jangkitan Ringworm.

S2) Berdasarkan penelitian Doktor, mengapa sering kucing alami masalah kehilangan bulu? Adakah disebabkan dari alahan, faktor pemakanan, parasit atau sebagainya?

Bulu akan gugur apabila berlaku dermatitis iaitu radang pada kulit kucing tersebut, di mana pangkal akar rambut telah rosak atau growing phase terganggu disebabkan radang. Bagaimana radang berlaku, haa semua faktor diatas boleh jadi penyebab utama. Kes dermatitis yang banyak yang lazimnya dikenal pasti di I-Vet berpunca daripada masalah parasite (kutu dan kurap) yang tidak terkawal dan fungus.

S3) Difahamkan juga, sekiranya seekor kucing itu gemar menjilat (grooming) secara kerap sehingga kehilangan banyak bulu, adakah ia satu petanda yang kurang baik? Boleh Doktor jelaskan lebih terperinci.

Excessive grooming ini boleh terjadi berikutan jangkitan parasit seperti kutu, di mana kucing akan kerap menjilat dan menggigit-gigit bulu badan mereka untuk meredakan kegatalan dan dengan harapan dapat membunuh kutu. Jadi, pemilik kucing kena lebih peka dengan aksi ini, dan dapatkan rawatan segera kerana ia bukan sahaja melibatkan masalah kulit, malah ia boleh menyebabkan masalah Impacted Hairball (perut/usus tersumbat) dalam perut kucing, jika ia tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Dan itu semestinya kritikal. Jangan lupa untuk berikan mereka, hairball paste (pelincir) dan juga seminggu sekali wheat-grass (high fiber) penting untuk melancarkan penghadaman dan membantu mengeluarkan hairball samaada melalui muntah atau najis. Semua supplement tersebut boleh didpatkan di mana-mana klinik haiwan dan juga petshop.

S4) Mengikut pengetahuan Doktor, apakah rawatan atau langkah terbaik untuk menangani simptom keguguran bulu  pada si comel yang dipelihara dalam rumah (indoor), terutamanya yang berbulu panjang?

Masalah bulu gugur ini, memang lazim dilihat pada kucing berbulu panjang, terutamanya baka Persian dan mix long-haired. Pemilik perlu lebih peka dan rajin untuk groom kucing anda.  Walaupun indoor, kucing masih terdedah kepada kutu dan fungus daripada persekitaran dan karpet. 5 Tips ringkas untuk mengurangkan keguguran bulu;

Pastikan ubat kutu up-date setiap bulan, jika didapati keadaan gugur berpanjang bawa untuk rawatan

Berikan makanan premium dan supplement seperti Omega-3, brewer yeast

Shampu kucing anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan shampu khas merawat kulit dan akar rambut, sebaiknya mengandungi Virgin Coconut Oil (VCO) agar kulit lebih lembut dan akar rambut terpelihara

Kerap sikat/brush bulu kucing dan urut manja badan mereka untuk aliran darah yang bagus. Trim bulu kucing anda atau shave lion-cut jika perlu mengikut tebalan bulu bagi mengurangkan masalah ulu bergumpal dan keguguran berpanjangan, di samping mengelakkan Impacted Hairball dalam perut dan usus.

Pastikan persekitaran mereka ceria, aktif, selamat untuk mengurangkan stress mereka. Isu stress juga boleh menyebabkan bulu gugur.

 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh melawat Facebook: iVet Petcare atau hubungi kami di

iVet Seksyen 23,Shah Alam (03-55453560) 

iVet Alam Avenue 2, Padang Jawa (03-55243560)

iVet Keramat/Setiawangsa (03-42654115)

iVet Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)