Dub-dab, dub-dab.. Mommy-daddy Cat dah rasa debarannya? Hari yang dinantikan dah hampir tiba. Persediaan dah kalah nak sambut raya, jadi kita re-cap balik tips ringkas sebelum nak bertempur esok.

  1. Kenali kucing anda

Pastikan kucing yang dipilih untuk bertanding menepati kriteria penganjur. Umur (lazimnya atas 3 bulan), saiz, ada sijil atau tidak, tiada kecacatan atau mengandung, aktif dan mudah didekati

 

  1. Pemeriksaan  Kesihatan

Lakukan persediaan pemeriksaan kesihatan kucing anda di klinik-klinik veterinar berhampiran. Ini bertujuan agar sebarang penyakit dapat dicegah dan dirawat diperingkat awal, agar kesihatan kucing anda ditahap optimum semasa pertandingan

 

  1. Status Vaksin

Cat Show dan vaksin adalah sahabat baik. Tidak lepas kriteria penyertaan sekiranya si comel anda tidak pernah divaksinkan atau tempoh vaksin lama tidak up-date. Pastikan anda vaksin kucing anda seeloknya sebulan awal, atau selewatnya seminggu sebelum tarikh pertandingan. Kenapa? Kerana vaksin adakalanya memberikan post-effect selama 2-5 hari mengikut immuniti badan anak-anak kucing itu. Kita nakkan mereka kembali aktif ceria pada hari pertandingan

 

  1. Kebersihan & Grooming

Dah nama pun pertandingan Kucing ‘Cat Show’, mestilah mommy daddy kena mandikan baby-furries mereka, groom bersih-bersih kucing mereka sehari dua sebelum bertanding. Ini kerana kebersihan dan kemasan bulu menjadi salah satu kriteria pemilihan. Bersihkan telinga, potong kuku dan trim bulu-bulu badan.

 

  1. Rekod Kesihatan

Sehari dua sebelum pertandingan, mommy daddy perlu pastikan semua rekod kesihatan (kad vaksin) lengkap dan sebaiknya kumpulkan ke dalam fail sekiranya kucing yang dibawa bertanding banyak bagi mengelakkan kelam kabut dan tertinggal kad semasa hari pertandingan

 

  1. Kelengkapan ke Cat Show

Malam sebelum pertandingan, sediakanlah barang-barang keperluan seperti carrier, zipper-lock plastic bag dan tisu untuk bersihkan najis semasa show, cage pad (alas cage), dan toys agar melancarkan persiapan keesokkannya untuk ke Show. Ya, saya pasti for the first timer akan rasa berdebar, disarankan tidur awal dan relax!

 

  1. Adab dan etika di Cat Show

Datanglah awal ke pertandingan tersebut, beraturlah semasa registration danproses ‘vetting-in’. Keluarkan siap-siap kad vaksin kucing anda agar urusan pemeriksaan berjalan lancar, semasa menguruskan cage kucing anda, pastikan anda tidak cuba menggerumuni dan mengusik kucing lain dan tidak membuat bising, kerana ini boleh mendatangkan stress kepada kucing-kucing yang lain.

 

  1. Enjoy the show!

Yang terakhir, smile and you enjoy the show. Menang atau kalah bukanlah objektif hakiki, tetapi keseronokan dan kepuasan untuk memeriahkan industri pencinta kucing yang menjadi tunjang penyertaan

 

Dr. Natrah Abd. Razak, D.V.M.

I-Vet Petcare Animal Clinic, Shah Alam

  • Section 23, Shah Alam (Main Medical Center) 03-55453560
  • Alam Avenue 2, Shah Alam (Branch) 03-55243560