Nak bawa kucing ke klinik memang satu cabaran besar, jangan kata nak masuk kereta. Masuk carrier pun dia tak nak. Baru owner angkut carrier dah lari sebatu Si Comel tu.

 

Kita perlu tahu yang kucing ini sifatnya ‘territorial’ dan SANGAT TAK SUKA pada tempat baru, orang baru dan persekitaran baru. Mereka lebih berasa selamat berada bersama tuannya atau barang-barang di rumahnya. Lebih lagi kalau dia seekor di rumah, tak bergaul kucing lain. So, kita ikuti tips di bawah untuk elakkan stress sepanjang di klinik.

 

1. Ajarkan dari kitten lagi untuk ke klinik jadi Si Comel anda sudah terbiasa diperiksa oleh Vet

 

2. Jadikan carrier sebagai tempat mainan, tempat tidur ‘short nap’ yang selesa dengan tuala dan carrier menjadi benda best untuk kucing di rumah, sekali sekala letakkan snack mereka dalam carrier agar mereka tidak rasa takut masuk carrier.

 

3. Jika bawa kucing ke klinik atau untuk di boarding, bawalah tuala dan mainan mereka di rumah sekali. Ini bagi meredakan rasa takut di tempat baru, dan sebagai sumber penenang mereka.

 

4. Jika kucing anda ketakutan dan bising untuk ke klinik, tutupkanlah carrier mereka dengan tuala sepanjang perjalanan dan semasa menunggu untuk rawatan klinik.

 

5. Lazimnya, Vet akan mengelakkan pandangan tepat ke mata kucing bagi mengurangkan ketakutan dan perasaan terancam mereka.

 

6. Beberapa langkah berjaga yang digunakan oleh Vet untuk mengurangkan stress kucing semasa rawatan;

  • Menggunakan muzik khas untuk terapi dan penenang kucing (music therapy)
  • Menggunakan hormone penenang untuk kucing ;Feliway Spray/Diffuser di klinik
  • Mengambil maklumat ‘history’ pesakit di luar bilik rawatan
  • TIDAK memandang tepat pada mata kucing dan kurang memegang (palpation) keseluruhan badan jika kucing anda sangat marah dan mengganas (kerana ketakutan atau pun kesakitan), Vet akan fokus pada complaint area sahaja semasa pemeriksaan. Jika perlu untuk pemeriksaan keseluruhan, suntikkan pelali akan diberikan agar memudahkan kerja rawatan dan mengelakkan kesakitan pada kucing tersebut.
  • Elakkan menyentuh tapak kaki/paw mereka, kucing TIDAK suka kita memegang paw mereka.
  • Jangan benarkan kucing lain selain family-cat mereka di dalam bilik rawatan. Bawalah kawan mereka sekali jika ada sebagai peneman ke klinik.
  • Pastikan meja dan alat penimbang dibersihkan dan dilap bagi setiap pesakit yang masuk untuk mengelakkan bau kucing lain dan juga penyakit berjangkit.
  • Doktor Vet dan Vet Assistant akan berikan gentle approach semasa rawatan agar mereka rasa selamat dan kurang takut untuk diperiksa. Jika ubat sukar diberikan dan kucing anda tidak berikan kerja sama, Vet akan minta owner untuk berikan dirumah kerana keadaan lebih selamat dan mudah bagi kucing itu. Ini untuk mengelakkan stress dan trauma kepada kucing itu di klinik.
  • Kucing yang ketakutan dan dikendalikan secara paksa dan kasar di klinik memberikan pengalaman buruk kepada mereka dan boleh menyebabkan stress dan trauma untuk ke klinik lain kali.

 

7. Berikan mereka snack/reward selepas pulang dari klinik agar mereka rasa happy dan kurang takut.